Hongqi Bakal Dilancar Di Singapura, Mungkin Lepas Ini Masuk Malaysia?

Jenama premium dari China, Hongqi mengesahkan bahawa jenama itu secara rasminya akan menembusi pasaran Singapura, tidak lama lagi. Model itu dijadualkan akan dilancarkan pada separuh pertama tahun 2026.
Singapura merupakan sebahagian daripada pelan peluasan global Hongqi, yang turut merangkumi Asia Tenggara, Eropah dan Amerika Latin. Di Singapura, jenama ini akan diwakili oleh Eurokars, iaitu sebuah syarikat yang turut mengendalikan jenama seperti Rolls-Royce, McLaren dan Pagani.

Sebuah bilik pameran khas Hongqi akan dibuka padatahun depan di Jalan Leng Kee, seiring dengan ketibaan barisan model pertamanya.
Antara model yang akan dilancarkan termasuklah E-HS9, sebuah SUV elektrik mewah dimana harganya dianggarkan sekitar SGD105,000 (RM365,000). Disasarkan untuk bersaing dengan model seperti BMW X5 dan Mercedes-Benz GLE, E-HS9 .
Selain itu, dua model baharu juga akan diperkenalkan iaitu G117. dan E007, yang pertama kali dipertontonkan di Auto Beijing 2024. Bagaimanapun, kedua-duanya masih dalam pembangunan dan dijangka akan membuat kemunculan pengeluaran global tidak lama lagi.
Dimiliki oleh FAW Group, Hongqi merancang untuk melancarkan 20 model baharu di seluruh dunia dalam tempoh lima tahun akan datang. Ia juga menyasarkan untuk menjual 500,000 kenderaan pada tahun 2025 dan menghasilkan 200,000 unit setahun di luar China menjelang 2030.
Bagi yang tidak tahu, jenama automotif tertua dan paling berprestij di China, Hongqi telah lama menjadi simbol kebanggaan negara, terkenal kerana membawa pemimpin dan orang kenamaan di negara terbabit.

Pada April lalu, ia menjadi bualan hangat apabila Hongqi N701 diterbangkan khas untuk membawa Presiden China, Xi Jinping semasa lawatan negaranya ke Malaysia.
Memandangkan Hongqi mahu melebarkan sayap ke Asia Tenggara semakin berkembang, adakah Malaysia akan menjadi destinasi seterusnya?
Sekiranya Hongqi memasuki pasaran tempatan, adakah rakyat Malaysia bersedia menerima jenama mewah dari China yang harganya setanding dengan jenama Eropah dan Jepun?
Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan komen ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Prototaip Hongqi E702 Didedah, Antara EV Mewah
Prototaip Hongqi E702 didedahkan baru-baru ini.
04-12-2025
Siapakah Pemilik Pertama Hongqi L5 Di Dunia?
Sultan Ibrahim, menjadi pemilik pertama di dunia menerima kenderaan kereta keluaran China, Hongqi L5.
14-04-2024
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge