Jenama 'Lepas' Sah Tembusi Pasaran Indonesia – SUV L8 Model Pertama

Beberapa bulan selepas diperkenalkan secara rasmi di China, subjenama baharu Chery, Lepas, kini membuat kemunculan antarabangsa pertamanya di Indonesia di pameran Gaikindo Indonesia International Motor Show (GIIAS) 2025 yang kini sedang berlangsung.
Seperti di China, tiga SUV diperlihatkan di acara tersebut, termasuk model flagship Lepas L8, yang telah disahkan akan dipasarkan di Indonesia.
Rekaan SUV Lepas L8

Dari segi dimensi, model yang diposisikan dalam segmen D ini hampir sama saiznya dengan Chery Tiggo 8 Pro, dengan ukuran 4,688 mm panjang, 1,860 mm lebar, 1,695 mm tinggi dan jarak roda 2,800 mm. Reka bentuknya kelihatan yang lebih anggun dengan lengkungan badan yang agak bulat berbanding model Chery, memberikan imej yang lebih moden dan dinamik.
Sistem Trenkuasa Lepas L8



Menurut portal automotif Indonesia, Oto.com, L8 bakal ditawarkan dalam beberapa varian kenderaan tenaga baharu (NEV), dipercayai menggunakan sistem hibrid yang sama seperti barisan Super Hybrid (CSH) Chery. Ini termasuk pilihan hibrid konvensional (HEV) dan hibrid plug-in (PHEV), menjurus ke arah teknologi yang lebih hijau dan cekap tenaga.
‘Adik’ L8: Lepas L6 & L4
Selain L8, dua model bersaiz lebih kecil turut diperkenalkan iaitu Lepas L6 dan L4. L6, adalah sebuah model dalam segmen C, setanding dengan Chery Tiggo 7 Pro dan Jaecoo J7, sementara L4 pula model paling kompak dalam keluarga Lepas, mensasarkan pembeli SUV daripada segmen A hingga B.
Sasar Golongan Muda

-full.jpg)

-full.jpg)
Lepas, sebagai salah satu subjenama di bawah naungan Chery International, mensasarkan golongan elit muda bandar yang “mencari kenderaan selari dengan estetik dan gaya hidup mereka, bukan sekadar spesifikasi.”
Menurut Timbalan CEO Lepas, Zhong Wei, nama 'Lepas' berasal daripada gabungan perkataan ‘leap’ dan ‘passion’, dan sebutan yang betul ialah ‘leap-pass’.



-full.jpg)
Reka bentuk kenderaan Lepas juga diinspirasikan daripada falsafah ‘Leopard Aesthetic’, dengan ciri penting seperti bentuk lampu DRL LED yang halus, diinspirasikan daripada mata harimau kumbang, menonjolkan karakter agresif dan canggih.
Potensi Masuki Pasaran Malaysia & Negara Lain

Dengan pengesahan kehadiran Lepas L8 di Indonesia, tidak mustahil untuk jenama ini tiba di pasaran-pasaran terdekat lain termasuklah Malaysia di masa hadapan.
Bagaimanapun, memandangkan negara kita baru menerima ketibaan subjenama Chery yang lain, iaitu iCaur, kehadiran Lepas mungkin tidak berlaku dalam masa terdekat.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi
Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.
01-01-2026
Lepas Bakal Masuk Malaysia, Model L6,L8 Bakal Dilancar
Beberapa model daripada jenama Lepas akan memasuki pasaran tempatan, tidak lama lagi.
20-11-2025
Chery Perkenal Model Pertama Dari Jenama Baharu, Lepas L8 – Tiggo 8 Plus Jadi Inspirasi
Chery Group, pengeluar kenderaan eksport terbesar China, terus agresif memperluaskan empayar automotifnya dengan pelbagai subjenama baharu.
22-04-2025
Lepas Bakal Masuk Malaysia, Model L6,L8 Bakal Dilancar
Beberapa model daripada jenama Lepas akan memasuki pasaran tempatan, tidak lama lagi.
20-11-2025
Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan
Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.
21-10-2025
Auto Shanghai 2025: Chery Dedah Info Lepas L8
Lepas L8 diperkenalkan sebagai sebuah SUV segmen D.
25-04-2025
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

