ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Kritikan Didengar, Proton e.Mas 7 Kini Lebih Canggih & Menawan – Apple CarPlay, Obsidian Black

Sofea Najmi

Kongsi melalui

social_TA_Launch_Proton-eMAS-7-updated-2025MY_-1.jpg


Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat PROTON, hari ini secara rasmi melancarkan varian terbaru yang lebih ‘mengancam’ untuk kenderaan elektrik (EV) e.Mas 7. Model elektrik yang telah berada di tangan lebih 4,000 pengguna setakat ini sejak dilancarkan pada Disember tahun lepas, kini lebih menyerlah dan canggih daripada biasa. 


Ciri Canggih Terbaru


514931837_1216992397110859_6602548696112278903_n.jpg514374895_1216993647110734_5128586414837998887_n.jpg


Sebagai pengguna EV, pastinya ramai yang mendambakan ciri-ciri moden seperti sambungan Apple CarPlay, dan inilah yang ditawarkan untuk versi kali ini. Pengguna iPhone kini boleh mendengar lagu dan menggunakan pelbagai aplikasi iPhone dengan mudah sama ada dengan wayar atau tanpa wayar. Pengguna telefon pintar Android juga tidak diabaikan, kerana Android Auto akan tiba tidak lama lagi dalam tahun ini. 


Tidak cukup dengan itu, sistem operasi yang digunakan e.Mas 7, Flyme Auto diberikan peningkatan membolehkannya beroperasi dengan lebih pantas dan lancar, serta mampu menyokong lebih banyak aplikasi ketiga baharu termasuk Zoom for Cars, izi.TRAVEL dan Vivaldi Browser. 


Kurang ‘Gangguan’


514374734_1216994167110682_6218733921439468393_n.jpg

514253146_1216994357110663_4477995212586184935_n.jpg515240395_1216994060444026_8120223732405469799_n.jpg


Kemas kini yang dinanti-nantikan ramai, bunyi amaran kepada pejalan kaki yang tidak ubah seperti ‘trak ais krim’ kini diberikan pembaharuan, ada pilihan dua nada baharu selain versi Classic sedia ada, iaitu Galactic Note dan Space Walk. Dalam masa yang sama, bunyi ini boleh dimatikan setiap kali kenderaan dihidupkan. 


Pilihan Warna Baharu


STYLING_EXT_10.jpgSTYLING_EXT_09.jpg

STYLING_EXT_05.jpgSTYLING_EXT_01.jpg


Rekaan masih sama, kekal moden dan minimalis seperti dulu, tetapi kali ini tampil lebih menawan dengan pilihan warna baharu iaitu hitam yang elegan, Obsidian Black, yang dikatakan menjadi permintaan ramai peminat EV Proton.


social_TA_Launch_Proton-eMAS-7-updated-2025MY_-3.jpgsocial_TA_Launch_Proton-eMAS-7-updated-2025MY_-6.jpgweb_TA_Launch_Proton-eMAS-7-updated-2025MY_-7.jpg


Bukan itu sahaja, Proton e.Mas 7 kali ini juga didatangkan dalam pilihan warna dalaman eksklusif yang lebih menyegarkan pandangan iaitu putih Alabaster White untuk varian berwarna Premium Quartz Rose dan Turquoise Green. Pilihan ini terhad sebanyak 250 unit untuk setiap varian. 


WhatsApp-Image-2025-07-02-at-4.32.45-PM.jpeg


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, setiap maklum balas pelanggan diberikan perhatian yang serius, “Pelancaran varian baharu e.MAS 7 ini adalah tindak balas langsung terhadap apa yang disuarakan oleh pemilik kami daripada apa yang mereka suka dan inginkan, hinggalah kepada aspek yang boleh kami pertingkatkan. Ia bukan sekadar menambah ciri baharu, tetapi memperhalusi keseluruhan pengalaman pemanduan agar e.MAS 7 kekal peribadi, pintar dan boleh dipercayai.” 


Pakej Pembelian Proton e.Mas 7 


WhatsApp-Image-2025-07-02-at-4.33.43-PM.jpeg


Pembeli Proton e.Mas 7 kali ini cukup beruntung kerana PRO-NET turut mengumumkan pakej jualan Power Pack+ yang cukup menarik. Pakej ini merangkumi perkara berikut:

  • Power Home: Pengecas rumah 7kW percuma bernilai RM1,500 
  • Power Plus: V2L percuma bernilai RM500 
  • Power Online: Data internet tanpa had selama 5 tahun bernilai RM1,800 
  • Power Thru: Waranti tanpa had perbatuan selama 6 tahun untuk kenderaan, serta waranti 8 tahun/160,000 km untuk bateri voltan tinggi 
  • Power Exchange: Rebat tukar-beli bernilai RM5,000.  

Akhir sekali, harga bagi e.MAS 7 kekal sama iaitu RM105,800 (Prime) dan RM119,800 (Premium) dengan tawaran Welcome Benefit bernilai RM4,000. Harga runcit biasa (RRP) tanpa tawaran ini masing-masing ialah RM109,800 dan RM123,800.

Kunjungi mana-mana cawangan jualan Proton e.Mas yang terdekat atau layari laman web rasminya untuk maklumat lanjut. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT1770

SELANGOR

BSN9721

JOHOR

JYU4091

PULAU PINANG

PSB2554

PERAK

APG4835

PAHANG

CFG1470

KEDAH

KGF1819

NEGERI SEMBILAN

NEJ9756

KOTA KINABALU

SJR2749

KUCHING

QAB5236N

Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

02-03-2026
Kereta Baru

04-02-2026
Kereta Baru

13-01-2026
Berita Auto

24-12-2025
EV

05-12-2025
Berita Auto

04-12-2025
Berita Auto

03-12-2025
Kereta Baru

14-11-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk  Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru
Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026
Kereta Baru
Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026  Kini Di Malaysia – RM198,000

Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000

Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.

02-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.