Lamborghini Temerario Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.3 Juta, Cecah 907 HP
![]()
Lamborghini Kuala Lumpur hari ini secara rasmi melancarkan kenderaan elektrifikasi berprestasi tinggi (HPEV), Lamborghini Temerario. Selepas melancarkan Revuelto pada 2023 dan SUV hibrid plug-in Urus SE, Temerario menjadi pelengkap hibrid penuh Lamborghini di pasaran Malaysia.
Kuasa “Fuoriclasse” – Gabungan Enjin V8 Biturbo & Tiga Motor Elektrik


Temerario dikuasakan oleh enjin V8 biturbo berkapasiti 4.0 liter yang dibangunkan sepenuhnya di kilang Lamborghini di Sant’Agata Bolognese. Kuasa disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi klac berkembar lapan kelajuan.
Kuasa maksimum enjin ini mencapai 789 hp pada 9,000 hingga 9,750 rpm. Disokong oleh tiga motor elektrik termasuk satu yang terintegrasi dalam ruang enjin, keseluruhan output gabungan model ini mencecah 907 hp dan tork 703 Nm, membolehkan pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 2.7 saat serta kelajuan maksimum 343 km/j.

Sistem hibrid ini direka dengan fokus terhadap respons linear dan lancar dengan kemampuan rev mencecah hingga 10,000 rpm, menjanjikan pengalaman pemanduan yang tidak pernah dirasai sebelum ini.
Temerario menggunakan sistem brek CCB Plus (Carbon Ceramic Brakes Plus) dengan kaliper aluminium monoblock 10 piston (depan) dan 4 piston (belakang) bersama cakera brek bersaiz besar (410x38 mm depan, 390x32 mm belakang) untuk jarak berhenti 32 meter dari 100 km/j kepada 0 km/j.
Reka Bentuk Luaran Ikonik Lamborghini



Temerario menampilkan rekaan luaran yang menggabungkan DNA Lamborghini dengan garis badan agresif yang aerodinamik. Ciri ikonik seperti lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk heksagon, yang merupakan simbol klasik jenama ini, hadir dalam gaya futuristik yang menonjolkan identiti unik Temerario.
Bahagian depan kelihatan menyerlah dengan rekaan shark nose serta saluran udara di bawah lampu depan untuk meningkatkan penyejukan brek dan prestasi aerodinamik.



Aerodinamik ditingkatkan melalui saluran udara yang ditempatkan secara strategik dan spoiler yang meningkatkan daya tekan belakang (downforce) sehingga 103% berbanding Huracán EVO dan hingga 158% dengan pakej Alleggerita yang juga mengurangkan berat badan jentera sehingga 25 kg untuk pemanduan litar lebih agresif.
Ruang Kabin Berkonsepkan “Feel Like A Pilot”


Melangkah ke masuk ruang kabin Temerario, pemandu dan penumpang disajikan pengalaman pemanduan yang terasa seperti di kokpit pesawat, serasi dengan falsafah “Feel like a pilot” Lamborghini.


Kerangka ruang (spaceframe) casis aluminium serba baharu meningkatkan ruang kepala sebanyak 34 mm dan ruang kaki sejauh 46 mm, menambah keselesaan pemandu walaupun semasa memakai topi keledar.
Aura mewah kabin terserlah melalui pengguaan bahan seperti karbon, kulit premium dan Corsatex microfiber digunakan dengan kemasan karbon pilihan pada bahagian konsol tengah, panel pintu dan stereng.
Skrin digital berukuran 12.3 inci dengan grafik animasi interaktif memudahkan kawalan mod pemanduan termasuk fungsi Hybrid, Recharge dan Performance serta ciri canggih seperti Telemetry 2.0, Memories Recorder dan Navigasi Realiti Terimbuh.
Harga Jualan Lamborghini Temerario


Lamborghini Temerario kini ditawarkan di Malaysia dengan harga permulaan sekitar RM1,350,000 sebelum cukai dan pilihan tambahan lain.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
"Henti Import Lamborghini" – Arahan MITI
MITI arah PEKEMA dan ahlinya untuk menghentikan import Lamborghini.
23-08-2022
Lamborghini Temerario GT3 Diperkenalkan – Versi Litar, 523 HP
Hampir setahun selepas pelancaran supercar hibrid plug-in V8, Lamborghini Temerario, pengeluar kereta sport mewah Itali ini memperkenalkan jentera tersebut dalam versi litar, GT3, yang dinamakan Lamborghini Temerario GT3.
14-07-2025
Audi R8 Bakal "Dihidupkan" Semula, Kali Ini, Lebih Power
Hampir setahun pengeluaran Audi R8 sudah dihentikan namun khabarnya model ini bakal dihidupan semula.
13-03-2025
Lamborghini Temerario Kini Pengganti Huracan – Hibrid, 907 HP!
Lamborghini akhirnya memperkenalkan pengganti rasmi bagi model Huracan, iaitu Lamborghini Temerario.
19-08-2024
Audi R8 Bakal "Dihidupkan" Semula, Kali Ini, Lebih Power
Hampir setahun pengeluaran Audi R8 sudah dihentikan namun khabarnya model ini bakal dihidupan semula.
13-03-2025
Lamborghini Temerario Kini Pengganti Huracan – Hibrid, 907 HP!
Lamborghini akhirnya memperkenalkan pengganti rasmi bagi model Huracan, iaitu Lamborghini Temerario.
19-08-2024
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge