- Berita
- Berita Auto
- MOT Lantik 4 Syarikat Untuk Lancarkan Urusan Pemeriksaan, Tukar Hak Milik Kenderaan Persendirian
MOT Lantik 4 Syarikat Untuk Lancarkan Urusan Pemeriksaan, Tukar Hak Milik Kenderaan Persendirian

Bagi melancarkan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM), Kementerian Pengangkutan (MOT) melantik empat syarikat bagi melaksanakan perkhidmatan itu.
Empat syarikat berkenaan ialah Carro Technology Sdn Bhd, Carsome Academy Sdn Bhd, Wawasan Bintang Sdn Bhd dan Beriman Gold Sdn Bhd.
Pelantikan empat syarikat itu dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Mac 2023 yang telah bersetuju membuka perkhidmatan pemeriksaan kenderaan motor yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] kepada syarikat berkelayakan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pelantikan empat syarikat itu berkenaan adalah satu daripada usaha MOT untuk menambah penawaran perkhidmatan pemeriksaan tukar hak milik kenderaan dalam pasaran.
Langkah itu juga bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di PPKM sedia ada yang turut melaksanakan pemeriksaan berkala kenderaan berat.
"Sebelum ini, mana-mana pemilik kenderaan yang ingin menjual kereta mereka atau membeli kereta terpakai melalui pengedar kereta terpakai, setiap kenderaan itu perlu diperiksa untuk pengesahan sebelum pertukaran hak milik dibenarkan.
"Sekarang ini, mereka hanya ada satu pilihan iaitu pergi ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM). Jadi dengan membuka pasaran baharu, ia akan memudahkan proses pertukaran hak milik kenderaan kerana orang awam boleh pergi ke mana-mana premis syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini," katanya.
Dalam pada itu, kementerian turut mempertimbangkan untuk mewajibkan pemeriksaan motosikal sebelum pertukaran hak milik dibenarkan pada masa hadapan.
"Setakat ini, pemeriksaan untuk motosikal tidak diwajibkan sebelum tukar milik. Namun, setelah kemudahan ditambah baik, kita akan meneliti keperluan untuk langkah itu dilaksanakan,” katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ1287
SELANGOR
BST6904
JOHOR
JE2548J
PULAU PINANG
PSF5430
PERAK
APL4639
PAHANG
CFH7319
KEDAH
KGJ1104
NEGERI SEMBILAN
NEL8402
KOTA KINABALU
SJU1246
KUCHING
QAB5624P
Terakhir Kemas Kini 17 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Atasi Gangguan Seksual, E-Hailing Khas Wanita Bakal Realiti?
E-Hailing Khas Wanita: MOT Mahu Pemandu & Penumpang "Puan".
08-09-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Stesen Sentral Seremban Bakal Siap Mac Depan.
21-07-2026
Bukan Sekadar Lesen Percuma, Ini Misi Menyelamatkan Nyawa Anak Muda di Jalan Raya
Anak Muda Yong Peng Tersenyum Lebar! Terima Manfaat Lesen Percuma MyLesen B2.
16-06-2026
Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat
Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.
09-04-2026
LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.
25-02-2026
Raba Penumpang, Lesen Pemandu Grab Dibatalkan
Loke telah mengarahkan JPJ membatalkan lesen pemandu Grab terbabit.
03-02-2026
Berita Terkini
BUDI Diesel Boleh Dipindah Kepada Berapa Orang?
Berita baik, Budi Diesel Kini Boleh Dipindah Kepada 3 Individu.
17-09-2026
33 Lori 'Kuasai' Lorong Kanan Disaman
Kenderaan berat sepatutnya kekal di lorong paling kiri dan hanya menggunakan lorong tengah sekiranya perlu memotong.
15-09-2026
JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga
Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.
15-09-2026
Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut
Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.
15-09-2026
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Saman Trafik Warga Emas: JSPT Dedah Punca Utama.
4 Kesalahan Trafik Utama Warga Emas: Pandu Laju Tertinggi
14-09-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat