ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Prolintas, Unit Lebuhraya Milik PNB Mungkin Dijual, Potensi Jana RM3 Bilion

Sofea Najmi

Kongsi melalui

RFID-Issues-Caricarz-(5).jpg


Permodalan Nasional Berhad (PNB), salah satu institusi pelaburan terbesar negara, kini sedang menilai potensi penjualan unit lebuhraya miliknya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas). Langkah strategik ini dijangka mampu menjana sehingga RM3 bilion. 


Menurut laporan Bloomberg, PNB telah melantik penasihat kewangan bagi meneliti secara menyeluruh pelan pelupusan strategik ini dan kini dalam peringkat awal proses mengenal pasti pihak yang berminat. Antara pihak yang disebut termasuk firma ekuiti swasta serta pengendali industri lebuh raya tempatan dan serantau.


prolintas.jpg


PNB menjelaskan bahawa setiap langkah pelupusan atau penstrukturan semula aset dipandu oleh proses tadbir urus yang teliti dan objektif pelaburannya sebagai pelabur jangka panjang demi menjana pulangan mampan.


Ditubuhkan pada 1995 dan dimiliki sepenuhnya oleh PNB, Prolintas merupakan antara syarikat konsesi lebuhraya utama di Malaysia. Prolintas mengendalikan beberapa lebuh raya penting di Lembah Klang termasuk:

  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE)
  • Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
  • Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK)

Kajang-Silk---Bukit-Kajang-toll-Plaza---Prolintas.jpg


Selain itu, Prolintas turut memiliki 51% kepentingan dalam Prolintas Infra Business Trust Bhd., yang tersenarai di Bursa Malaysia dengan nilai pasaran sekitar RM1.1 bilion.


Sebagai peneraju kepada transformasi digital dalam industri lebuh raya, Prolintas telah melaksanakan sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin bertujuan meningkatkan kecekapan operasi dan tahap keselamatan pengguna lebuhraya. Inisiatif ini selari dengan aspirasi negara dalam pendigitalan infrastruktur dan memastikan pengalaman pengguna yang lebih selamat serta efisien.

Sumber: Bloomberg, MalayMail

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB3763

SELANGOR

BSV4191

JOHOR

JJ3491J

PULAU PINANG

PSH7019

PERAK

APN3541

PAHANG

CFJ5132

KEDAH

KGK461

NEGERI SEMBILAN

NEM7330

KOTA KINABALU

SJV4012

KUCHING

QAB1448Q

Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pelajar Tercampak Dari Jejambat DASH, Ini Kata Prolintas

PROLINTAS mengakui struktur di bahagian selekoh bertingkat dibina mengikut spesifikasi diluluskan pihak berkuasa dan disahkan oleh jurutera bertauliah.

25-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta

Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .

27-11-2026
Berita Auto

BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia

Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.

26-11-2026
Berita Auto

Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?

Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.

26-11-2026
Berita Auto

PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke

Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.

25-11-2026
Berita Auto

Harga Minyak Mingguan

Harga RON95, diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter esok.

25-11-2026
Berita Auto

Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih

Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti

25-11-2026
Berita Auto

Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup

Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.

25-11-2026
Berita Auto

JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing

Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.

24-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.