Proton R3 Terkubur: Legasi Perlumbaan Negara Berakhir Begitu Sahaja

Kereta lumba Proton S70 R3 S1K merupakan model Geely pertama dibangunkan R3. Model ini digunakan dalam acara Sepang 1,000KM (S1K) tahun lalu. Siapa sangka, inilah perlumbaan terakhir bagi Proton R3.
Baru-baru ini kita digembarkan dengan berita yang menyedihkan dunia automotif tempatan apabila Proton dilaporkan telah menutup operasi divisyen perlumbaan dan sukan permotorannya, R3, singkatan kepada “Race. Rally. Research.” setelah lebih dua dekad ditubuhkan (sejak tahun 2003). Maklumat ini mula tersebar melalui beberapa perkongsian di media sosial oleh individu dalam industri, termasuk bekas kakitangan R3 sendiri.
Suriya Sankaran berkongsi di Facebook bahawa 11 Julai 2025 merupakan hari terakhir para pekerja menjalankan tugas di pangkalan R3 di Proton Shah Alam.
“Ia merupakan satu detik pilu kepada peminat sukan permotoran kerana cabang sukan perlumbaan Proton yang pernah menjadi kebanggaan kini ditamatkan secara senyap.
“Kakitangan yang masih ada telah dipindahkan ke kilang Proton di Tanjung Malim untuk meneruskan kerjaya mereka dalam bahagian pengeluaran, jauh dari deruman enjin perlumbaan dan semangat persaingan yang dulu menjadi nadi kerja mereka,” ujarnya.

Tangkap layar perkongsian yang dibuat di Facebook pada 11 Julai lalu.
Sejarah R3 & Permulaan Kejatuhan
Menurut sumber, R3 mula kehilangan momentum sebenar apabila pengurusan syarikat beralih kepada DRB-Hicom pada tahun 2012. Pada masa itu, pasukan komersial yang membangunkan aksesori prestasi dan aerokit R3 telah diketepikan. Sejak itu, R3 beroperasi sebagai unit sukan permotoran bebas tanpa banyak sumbangan kepada model pengeluaran Proton.
Baca: Proton: Jualan Jun 2025 Menurun, Namun Kekal Kuasai Pasaran Separuh Pertama!
Model R3 Terakhir & Edisi Terhad






Proton X50 R3 Edisi Terhad Ulangtahun ke-20 yang dilancarkan pada 2023 kini menjadi model terakhir yang dihasilkan R3.
Model khas R3 yang terakhir dilancarkan ialah Proton X50 R3 Edisi Terhad Ulangtahun ke-20 di acara automotif, Malaysia Autoshow 2023, dengan hanya 200 unit ditawarkan pada harga RM125,300 setiap satu.






Proton R3 juga pernah menghasilkan model edisi khas yang sarat ciri sporty untuk Saga dan Iriz pada tahun 2021 dalam jumlah terhad, masing-masing sebanyak 2,000 unit dan 500 unit.
Sebelum itu, Proton turut memperkenalkan edisi terhad R3 untuk model Saga dan Iriz pada tahun 2021 sebagai tanda penghargaan atas kejayaan R3 mempertahankan gelaran berturut-turut dalam Malaysia Championship Series (MCS), kini dikenali sebagai MTCC.
Saga R3 Edisi Terhad dihasilkan sebanyak 2,000 unit dengan harga RM42,300, lengkap dengan kit aero eksklusif, livery hitam-kuning dan rim yang ringan. Manakala Iriz R3 Edisi Terhad pula tampil lebih eksklusif dengan hanya 500 unit ditawarkan di pasaran, dijual pada harga RM52,900.
Meninggalkan Kesan Mendalam
Penutupan Proton R3 yang telah membawa nama Proton dalam dunia litar dan rali sehingga ke peringkat antarabangsa amat dirasai oleh peminat setia dan pengikut sukan permotoran tempatan. R3 boleh disamakan dengan divisyen perlumbaan Toyota iaitu Gazoo Racing, namun berbeza ‘nasib’ di penghujungnya.
Ura-ura penutupan ini sebenarnya sudah mula kedengaran sejak awal tahun apabila bekas Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah, dalam satu sesi podcast bersama Tekan Habis menyatakan bahawa hala tuju R3 masih dalam perbincangan sama ada untuk diteruskan atau dijual.
"Pengurusan masih berbincang mengenai hala tuju masa depan R3: Adakah kita akan meneruskan atau menjualnya? Perkara ini masih dalam perbincangan dan buat masa ini, masih tiada keputusan yang dibuat," kata Roslan pada masa itu. Beliau kini telah meninggalkan Proton untuk menggalas jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) di GWM Malaysia.

S70 R3
Roslan juga mengakui jenama R3 mempunyai nilai komersial yang tinggi. Namun, keputusan untuk menutupnya kini amat mengejutkan dan menyedihkan ramai pihak, terutamanya dengan potensi yang ada.
Berita suram ini meninggalkan persoalan, adakah Proton sepatutnya meneruskan legasi sukan permotorannya? Apakah langkah yang boleh diambil untuk memulihkan atau memajukan R3 jika diberi peluang? Berikan komen anda di bawah.
Baca: Kenapa Proton S70 R3 Dipilih, Proton Ada Alasan Kukuh!
Baca: Pasukan Proton R3 Pertaruh Proton S70, Raih Tempat Kelima Dalam Perlumbaan S1K

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pasukan Proton R3 Pertaruh Proton S70, Raih Tempat Kelima Dalam Perlumbaan S1K
Pasukan Proton R3 (R3) meraih tempat kelima dalam kelas MTC di 2024 Sepang 1000KM (S1K), baru-baru ini.
27-11-2024
MAS 2024: Tempah Model Proton, Dapat Macam-Macam
Jika ada yang sedang untuk mempertimbangkan untuk membeli kereta baharu, kunjungi MAS 2024.
24-05-2024
Proton Beri Bayangan Mengenai Program Heritage
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah dalam ucapannya memberi bayangan bahawa pihaknya akan mewujudkan program Heritage.
06-03-2024
Berita Terkini
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi
Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!
26-05-2026
Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko
2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.
26-05-2026
Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan
Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.
26-05-2026
Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari
Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.
26-05-2026
Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang
Aliran Trafik KLK, LPT1 Melonjak Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha.
26-05-2026
Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei
Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.
26-05-2026
PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka
Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.
25-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat