Proton X50 Facelift 2025 Kini Boleh Ditempah – Rebat RM1,000, Kad TnG Percuma

Proton secara rasmi membuka tempahan untuk model baharu X50 selepas acara pratonton bertemakan “Ready to Roar” yang diadakan di Setia City Mall.
Mula memeriahkan pasaran SUV segmen B negara pada tahun 2020, Proton X50 terus tampil sebagai model paling laris di Malaysia dalam kelasnya dengan jualan melebihi 140,000 unit setakat ini. Model baharu ini dijangka bakal meneruskan kejayaan yang telah dicatatkan dengan rekaan luaran yang lebih segar, ciri lebih canggih dan enjin lebih berkuasa, pada harga yang kompetitif.


Menurut Proton, ciri dan peningkatan yang disematkan pada X50 kali ini bernilai lebih RM10,000!
Rekaan Lebih Menyerlah

X50 baharu menampilkan wajah hadapan yang direka semula dengan lampu LED lebih tajam dan gril Proton yang terbaru. Tema sporty diteruskan di bahagian belakang dengan spoiler yang lebih menonjol (varian Flagship), lampu belakang LED berkelebaran penuh serta empat (quad) corong ekzos. Warna baharu, Teal Bayou Green turut diperkenalkan bersama pilihan warna sedia ada.
Kabin Minimalis Dengan Teknologi Terkini





Bahagian dalam kenderaan kini tampil lebih kemas dan minimalis dengan skrin infotainmen besar bersaiz 14.6 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar. Antara ciri menarik lain termasuk arahan suara dalam Bahasa Melayu, integrasi aplikasi Proton Link 2.0, konsol tengah baharu lengkap dengan pengecas tanpa wayar dan lampu ambien.
Enjin Lebih Berkuasa & Efisien
Di bawah hud, X50 kini menggunakan enjin turbo 1.5 liter empat silinder yang menggantikan enjin tiga silinder sebelum ini. Enjin baharu ini menghasilkan 178 hp dan tork 290 Nm, dipadankan dengan transmisi DCT tujuh kelajuan yang menjanjikan pecutan lebih pantas serta penjimatan bahan api lebih baik.
Lebih Selamat Dengan ADAS Tahap 2
Dari segi keselamatan, X50 baharu dilengkapi sistem ADAS Tahap 2 yang lengkap, bersama ciri tambahan seperti sistem radar belakang, bantuan parkir automatik yang dipertingkatkan dan kamera 360 darjah HD lengkap dengan pandangan bawah kenderaan.
Promosi Tempahan Awal “Ready to Roar”

Pelanggan yang membuat tempahan bermula 5 Julai 2025 hingga tarikh pelancaran yang akan diumumkan nanti, dapat menikmati promosi istimewa “Ready to Roar”. 10,000 pelanggan pertama yang membuat tempahan dan pendaftaran akan menerima rebat tunai RM1,000, kad Touch ‘n Go edisi khas serta akses terhadap tawaran eksklusif yang akan didedahkan semasa pelancaran.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai ciri-ciri baharu Proton X50 2025, anda boleh baca artikel kami berkenaan lima perkara penting tentang X50 terbaru.
Baca: Proton X50 Facelift 2025 Didedah? Apa Yang Baharu?


Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF7809
SELANGOR
BSR5442
JOHOR
JA1337J
PULAU PINANG
PSD7184
PERAK
APJ7691
PAHANG
CFH1442
KEDAH
KGH308
NEGERI SEMBILAN
NEK8945
KOTA KINABALU
SJT426
KUCHING
QAB1845P
Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik
PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.
01-07-2026
PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?
Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.
08-06-2026
Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah
Tak Sempat Elak: 6 Terkorban Pertembungan Proton X50 & Lori Tanah.
08-06-2026
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia
Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?
28-05-2026
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Suku Kedua Bermula Garang! Proton Dominasi Jalan Raya.
07-05-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026
PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.
10-04-2026
Berita Terkini
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k
Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.
13-07-2026
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja
DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.
09-07-2026
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
