- Berita
- Berita Auto
- Tiggo 7, Tiggo 8 Hadir Dengan Teknologi Chery Super Hybrid, Harga Anggaran Masih Belum Didedah
Tiggo 7, Tiggo 8 Hadir Dengan Teknologi Chery Super Hybrid, Harga Anggaran Masih Belum Didedah

Chery Malaysia mendedahkan sekali lagi Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8 versi hibrid plug-in (PHEV) Chery Super Hyvrid (CSH), di ibu negara sebentar tadi.
Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew, berkata pelancaran teknologi CSH adalah lambang pencapaian penting syarikat dalam memperkenalkan inovasi tenaga bersih yang mesra alam ke pasaran Malaysia.
"Pelancaran Chery Super Hybrid hari ini bukan sahaja merupakan pencapaian teknologi yang membanggakan bagi Chery, tetapi juga mencerminkan dedikasi global kami terhadap inovasi cekap tenaga.
"Dengan platform Chery Super Hybrid, kami berhasrat untuk memberikan pemandu di Malaysia fleksibiliti pemanduan elektrik, keyakinan jarak perjalanan sebuah hibrid dan prestasi hebat yang sinonim dengan Chery," katanya pada majlis pelancaran.
Pada majlis sama, Chery turut menayangkan dua model terbaharu plug-in hybrid elektrik (PHEV), iaitu Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV CSH.

Teknologi CSH menggabungkan kelebihan kenderaan hibrid elektrik (HEV) dan kenderaan elektrik (EV) dalam satu platform inovatif.
Ia dipacu oleh enjin 1.5L Turbocharged Dedicated Hybrid yang mencatatkan kecekapan termal setinggi 44.5 peratus, antara yang tertinggi dalam industri automotif.

Difahamkan, apabila digabungkan dengan motor elektrik berkecekapan tinggi, sistem ini menghasilkan kuasa keseluruhan 255kW dengan tork maksimum 525Nm, memastikan pengalaman pemanduan yang lancar, bertenaga dan menjimatkan bahan api.
Antara ciri Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV adalah Dedicated Hybrid Transmission (DHT) Super Hybrid yang menawarkan peralihan kuasa tanpa gangguan dengan kecekapan mekanikal sehingga 98.5 peratus.


Ia juga hadir dengan bateri Lithium Iron Phosphate berkapasiti tinggi yang tahan habuk, kalis air (pensijilan IP68) serta menyokong pengecasan pantas daripada 30 peratus ke 80 peratus dalam hanya 20 minit.
Dengan sistem Perlindungan Bateri Guardian, ia memberikan lapisan keselamatan berganda, sekali gus membuatkan ia sesuai digunakan di kawasan bandar atau perjalanan jarak jauh.
Dengan adanya pakej CSH, ia mampu menawarkan jarak perjalanan sehingga 1,200 kilometer.
Sementara itu, ketika digasak bilakah Tiggo 7 dan Tiggo 8 CSH dilancarkan, bagaimanapun Michael enggan mengulas lanjut.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4580
SELANGOR
BSR6583
JOHOR
JA4265J
PULAU PINANG
PSD8569
PERAK
APJ9132
PAHANG
CFH1861
KEDAH
KGH1367
NEGERI SEMBILAN
NEK9508
KOTA KINABALU
SJT1298
KUCHING
QAB2155P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9
Chery Malaysia: 3 Tahun, 60 Pengedar, Dan Kilang Baharu RM2.2 Bilion Di Lembah Beringin.
29-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
Chery Lantik Robert Lewandowski sebagai Duta Jenama Global
Chery melantik ikon bola sepak dunia, Robert Lewandowski, sebagai Duta Jenama Global Chery.
19-05-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih
Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.
22-04-2026
Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya
Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.
15-04-2026
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat