ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Chevrolet Corvette Stingray Dilancarkan Di Singapura – Dari RM2.1 Juta

Sofea Najmi

Kongsi melalui

18.jpg


Selepas sekian lama meninggalkan beberapa pasaran ASEAN termasuk Singapura pada tahun 2017 dan Malaysia pada 2018, General Motors (GM) kini kembali semula ke negara jiran kita dengan pendekatan berbeza. Kali ini, GM membuat kemunculan ‘penuh bergaya’ dengan kemasukan jenama supercar ikonik di bawahnya, Chevrolet Corvette. 


Alpine Motors Kembali Sebagai Pengedar Rasmi 


GM-Authority-1.jpg


GM turut melantik semula Alpine Motors sebagai pengimport dan pengedar rasmi Corvette di Singapura. Alpine Motors pernah mengedar jenama Chevrolet di negara tersebut daripada tahun 2007 sebelum GM menarik diri pada 2017. Kali ini, Alpine Motors menawarkan hanya satu model Corvette, iaitu Stingray generasi kelapan (C8) dengan enjin tengah dan kini pertama kali didatangkan dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) untuk pasaran global.


Baca: Hongqi Bakal Dilancar Di Singapura, Mungkin Lepas Ini Masuk Malaysia?


Spesifikasi Corvette Stingray


Auto-App-SG-2.jpg


Model yang ditawarkan ialah varian asas 3LT yang dilengkapi enjin V8 LT2 6.2 liter aspirasi natural menjana kuasa 495 hp dan tork 630 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik DCT lapan kelajuan. Ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 2.9 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 312 km/j. 


Auto-App-SG-3.jpg


Varian ini turut hadir dengan pakej prestasi Z51 yang merangkumi brek lebih besar, ekzos prestasi,  pembeza gelincir terhad (limited-slip differential), suspensi adaptif dan tayar Michelin Pilot Sport 4S ZP.


Kabin Mewah Corvette Stingray


Auto-App-SG-5.jpgAuto-App-SG-4.jpg


Di dalam kabin, Corvette Stingray 3LT dilengkapi dengan panel instrumen digital 12 inci, sistem infotainmen 8 inci lengkap dengan 14 pembesar suara Bose, serta tempat duduk sport yang boleh dilaraskan secara automatik dalam balutan kulit Nappa premium.


Harga Jualan Corvette Stingray


GM-Authority-2.jpg


Harga permulaan yang diumumkan Alpine Motors di Singapura ialah SGD 648,000 (~RM2.13 juta), belum termasuk kos tambahan iaitu Sijil Pemilikan Kenderaan (COE) yang wajib dimiliki oleh pemilik kenderaan di negara tersebut. 


Bagaimana Dengan Malaysia?


2025-stingray-performance-01-v2.jpg


Buat masa sekarang, GM nampaknya belum mempunyai sebarang perancangan rasmi untuk kembali ke pasaran Malaysia seperti yang dilakukan di Singapura. Sebelum ini, jenama Chevrolet pernah diedarkan oleh Naza Quest Sdn Bhd untuk pasaran Malaysia.

Baca: Avatr 11 Versi RHD Tiba Di Singapura – Cecah RM973K! Malaysia Seterusnya?

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN7425

SELANGOR

BST4359

JOHOR

JD5680J

PULAU PINANG

PSF3086

PERAK

APL2341

PAHANG

CFH6187

KEDAH

KGH8563

NEGERI SEMBILAN

NEL6817

KOTA KINABALU

SJT8784

KUCHING

QAB5107P

Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

Hyundai & GM Bergabung Bina Lima Model Baharu – Sasar Jualan Lebih 800,000 Unit

Hyundai Motor Group mengumumkan kerjasama strategik bersama General Motors (GM) untuk membangunkan lima model kenderaan baharu bersama.

08-08-2025
Berita Auto

Pengeluaran Chevrolet Camaro Dihentikan

Pengeluaran Chevrolet Camaro oleh General Motors (GM) di Lansing Grand River Assembly Plant, Detroit, Michigan terpaksa dihentikan seketika.

15-03-2021
Kereta Baru

Desupan Corvette Z06, Mampu Hambur 670 Kuasa Kuda

Chevrolet mendedahkan jentera baharunya, Corvette Z06.

10-12-2021

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.