Jaecoo J5 Dipertontonkan Di Omoda | Jaecoo Carnival 21-24 Ogos - Anggaran RM120K

Selepas hampir setahun diperkenalkan buat pertama kalinya secara global di China, Jaecoo J5 akhirnya membuat kemunculan umum di Malaysia di acara Omoda | Jaecoo Carnival yang kini sedang berlangsung di Desa Park City. SUV segmen B yang merupakan model terkecil daripada jenama ini setakat ini, dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun nanti.
Ranggi & Elegan Seperti Jaecoo J7






Dari segi rekaan, Jaecoo J5 boleh dikatakan sebagai Jaecoo J7 versi kecil, dengan bentuk SUV ‘berkotak’ dan rekaan yang diinspirasikan daripada kereta mewah, Range Rover. Antara yang menyerlah pada Jaecoo J5 ialah lampu depan LED berbentuk segi empat tepat yang mengapit gril, gril ‘garang’ dengan jjalur menegak, lampu belakang LED yang halus serta rim aloi dua tona bersaiz 18 inci dengan tayar 235/55/R18.

J5 memiliki ukuran panjang 4,380 mm, lebar 1,860 mm, tinggi 1,650 mm dan jarak roda 2,620 mm. Saiz ini menyamai SUV dalam segmen B yang lain seperti Proton X50, Honda HR-V serta model Chery Tiggo Cross yang baru dilancarkan.
Kabin Yang Selesa & Sarat Teknologi



J5 dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih dan kelengkapan penting untuk keselesaan. Antara yang disediakan ialah skrin infotainmen tengah bersaiz 13.2 inci dengan sambungan WiFi, kluster meter digital 8 inci, sistem audio lapan speaker, bumbung suria panorama yang luas, sistem kamera 540 darjah dan banyak lagi.




Lima tempat duduk disalut kulit tiruan penuh yang mesra haiwan peliharaan serta menepati piawaian Persatuan Pemeriksaan Teknikal Jerman (TUV). Untuk kegunaan harian, model ini cukup praktikal dengan ruang but berkapasiti 480 liter dan boleh diperluaskan kepada 1,180 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.
Enjin 1.5 Liter Turbo Yang Efisien

Jaecoo J5 bagi pasaran Malaysia akan dikuasakan enjin petrol 1.5 liter 4 silinder turbo dengan kuasa 147 ps dan tork 210 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi CVT dan menjanjikan penjimatan bahan api sekitar 7.5 liter bagi setiap 100 km mengikut piawaian WLTC.
Anggaran Harga & Rancangan Pemasangan Tempatan (CKD)

Dengan harga anggaran sekitar RM120,000, SUV Jaecoo J5 akan dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Chery Corporate Malaysia, Shah Alam menjelang hujung tahun ini. Setakat ini, hanya J5 versi petrol disahkan untuk pasaran Malaysia, manakala versi EV masih sedang dipertimbangkan Omoda | Jaecoo Malaysia.

Orang ramai boleh melihat secara dekat Jaecoo J5 di Karnival Omoda | Jaecoo yang berlangsung dari 21 hingga 24 Ogos di Tapak Letak Kereta 3, Desa Park City bersebelahan Plaza Arkadia, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal
Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.
25-02-2026
Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000
OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.
06-02-2026
Jaecoo J5 Boleh Ditempah, Anggaran Dari RM120K – Mewah Tapi 'Murah'
Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia memulakan tahun 2026 dengan langkah kanan. Selepas mencatatkan prestasi jualan luar biasa pada tahun lalu, tumpuan kini beralih sepenuhnya kepada ‘adik’ model J7, Jaecoo J5.
13-01-2026
Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?
OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.
17-12-2025
Jaecoo J5 & J7 PHEV Jadi 'Kanvas Seni' Di LahLahLand 2025
Omoda | Jaecoo Malaysia mencuri perhatian umum di festival gaya hidup LahLahLand 2025 dengan pameran dua SUV gah, Jaecoo J5 dan J7 PHEV.
06-11-2025
SUV Jaecoo J5 Dipertontonkan – SUV Segmen B Terbaru, Pelancaran di Malaysia 2025?
SUV crossover segmen B terbaru, Jaecoo J5, telah membuat penampilan sulung globalnya baru-baru di 2024 Omoda Jaecoo International User Summit.
21-10-2024
Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K
OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.
05-03-2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
