Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000
.jpeg)
OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000 manakala pakej Super Early Bird pula bernilai RM8,888 untuk menghargai pelanggan yang membuat tempahan awal sebelum pelancaran rasmi bulan depan.
Pengumuman ini dibuat semasa Majlis Penghargaan Media, yang turut berfungsi sebagai kemas kini strategik mengenai hala tuju jenama bagi tahun 2026.
Bagi menghargai pelanggan terawal, OMODA/JAECOO menawarkan pakej eksklusif bernilai RM8,888 bagi mereka yang membuat tempahan sebelum pelancaran bulan depan.
- JAECOO J5 Insurans Tahun Pertama + Trio Aksesori + Rebat Angpow CNY RM8,888
Difahamkan, Jaecoo J5 merupakan model paling mampu milik dalam barisan produk Jaecoo.
Dengan panjang 4,380 mm dan jarak roda 2,620 mm, J5 diletakkan tepat dalam radar pencabar Honda HR-V, Proton X50 dan juga ‘sepupunya’, Chery Tiggo Cross.
Model ini dikuasakan oleh enjin 1.5 liter empat silinder turbo yang menghamburkan kuasa sebanyak 147 PS dan tork 210 Nm. Kuasa ini disalurkan kepada roda hadapan melalui sistem transmisi automatik CVT.
Untuk suspensi, J5 menggunakan sistem multi-link di bahagian belakang, satu ciri yang jarang ditawarkan pada SUV segmen B yang biasanya menggunakan torsion beam. Sudut depan pula menggunakan sistem MacPherson strut.

Menjengah bahagian kabinnya, iasarat dengan teknologi yang termasuk unit infotainmen bersaiz 13.2 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Sementara itu, panel instrumen yang digunakan berukuran 8 inci.
Untuk kemasan, model ini menggunakan material kulit sintetik yang mempunyai ciri anti-bakteria dan tahan calar, sangat praktikal untuk kegunaan harian.
Dari segi ruang but, J5 menawarkan ruang but seluas 480 liter dan boleh dibesarkan sehingga 1,180 liter jika tempat duduk belakang dilipat.

Mengenai ciri keselamatan, anda jangan risau kerana Jaecoo J5 dilengkapi dengan pakej ADAS lengkap yang menyokong pemanduan separa autonomi Tahap 2.5.
Apa pula pandangan anda mengenai Jaecoo J5? Komgsikan pendapat anda di bawah ruangan ini?
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal
Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.
25-02-2026
Jaecoo J5 Boleh Ditempah, Anggaran Dari RM120K – Mewah Tapi 'Murah'
Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia memulakan tahun 2026 dengan langkah kanan. Selepas mencatatkan prestasi jualan luar biasa pada tahun lalu, tumpuan kini beralih sepenuhnya kepada ‘adik’ model J7, Jaecoo J5.
13-01-2026
Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?
OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.
17-12-2025
Jaecoo J5 & J7 PHEV Jadi 'Kanvas Seni' Di LahLahLand 2025
Omoda | Jaecoo Malaysia mencuri perhatian umum di festival gaya hidup LahLahLand 2025 dengan pameran dua SUV gah, Jaecoo J5 dan J7 PHEV.
06-11-2025
Jaecoo J5 Dipertontonkan Di Omoda | Jaecoo Carnival 21-24 Ogos - Anggaran RM120K
Jaecoo J5 membuat kemunculan umum di Malaysia di acara Omoda | Jaecoo Carnival yang kini sedang berlangsung di Desa Park City.
21-08-2025
SUV Jaecoo J5 Dipertontonkan – SUV Segmen B Terbaru, Pelancaran di Malaysia 2025?
SUV crossover segmen B terbaru, Jaecoo J5, telah membuat penampilan sulung globalnya baru-baru di 2024 Omoda Jaecoo International User Summit.
21-10-2024
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat