Kejadian Berulang: Lubang Benam Di Jalan Gua Musang-Lojing

Lagi lubang benam Kilometer 78, Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, Kelantan. Untuk itu, jalan berkenaan terpaksa ditutup satu lorong selepas lubang benam baharu berlaku di laluan itu sejak 7 Ogos lalu.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Kelantan, Ir. Nik Soh Yaacoub berkata, kejadian lubang benam itu dikesan sejak 7 Ogos lalu sebelum keadaan menjadi semakin teruk akibat cuaca hujan yang berterusan.


“Berdasarkan laporan pihak JKR Gua Musang terdapat lubang benam baharu pada lokasi yang sama sepanjang 15 meter dan kedalaman 3.1 meter.
“Dalam kejadian lubang benam sebelum ini, tindakan sudah diambil apabila pihak konsesi membaiki lubang benam terbabit, namun pada 7 Ogos lalu mereka mengesan terdapat lubang benam baharu,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Nik Soh berkata, hujan lebat berterusan menyebabkan kegagalan pembetung dan kejadian itu dipercayai akibat terdapat punca air pada tepi pembetung berkenaan.
“Jalan situ terdapat empat lorong. Satu lorong ditutup dan satu lorong dibuka dari arah Lojing menghala ke Gua Musang. Manakala kedua-dua lorong dari Gua Musang ke Lojing dibuka sepenuhnya.
“Keluasan kawasan mendapan semakin besar dan JKR telah melaksanakan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) di kawasan berkenaan,” jelasnya.

Terdahulu, pada 23 November tahun lalu, lubang benam sedalam enam meter dilaporkan berlaku di Kilometer 78, Jalan Gua Musang-Lojing menyebabkan laluan dari arah Lojing terpaksa ditutup satu lorong.
Seterusnya pada 12 Disember tahun lalu, lubang benam kedua dengan kedalaman sembilan meter berlaku di lokasi sama pada jarak lima meter dari lubang benam pertama.
Selain itu pada 15 Mac lalu satu lagi lubang benam, iaitu yang ketiga sejak November tahun lalu dilaporkan berlaku di lokasi sama.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Laluan Gua Musang-Jelawang Ditutup Sebab Tanah Runtuh
Laluan D29 di Kilometer 11.95 Jalan Gua Musang-Jelawang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan berikutan runtuhan tanah.
18-11-2025
Baik Pulih Jalan Gua Musang-Jeli Bakal Siap Hujung Bulan Ini
Kerja-kerja membaik pulih di Kilometer 11.95 Jalan Gua Musang-Jeli, Kelantan yang terjejas dengan kejadian lubang benam dan tanah runtuh dijangka siap hujung bulan ini.
17-11-2025
Lubang Benam: JKR Tutup Laluan KM 78 Jalan Gua Musang-Lojing
Jalan Gua Musang-Lojing di Kilometer 78 berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula hari ini.
17-09-2025
Perantau Balik KL: Jalan Gua Musang Dijangka Sesak Pada Sabtu, Ahad Ini
Pihak polis mengesahkan trafik keluar dari Kelantan melalui Gua Musang dijangka sesak pada Sabtu dan Ahad ini.
03-04-2025
Berita Terkini
Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge