Kembar Tak Serupa, Geely EX5 Pula Didedah Di Nepal

Hanya beberapa bulan lalu selepas Proton melancarkan Proton e.MAS 7 di Nepal, rakan kongsinya Geely pula memperkenalkan EX5 di pasaran yang sama sekali gus menyaingi pembeli yang mahu membeli EV di negara terbabit.
Geely yang memegang pasaran sebanyak 49.9% di Proton dijangka akan menggunakan jenama Proton untuk mengeksport model pemanduan sebelah kanan (RHD) mereka. Namun lain pula jadinyaa apabila kumpulan itu memasuki pasaran RHD di bawah jenama Geely, walaupun di pasaran kecil seperti Nepal.

Apa yang menarik di sini ialah walaupun kedua-dua kenderaan hampir serupa dari segi reka bentuk dan kelengkapan, kami yakin Proton e.MAS 7 tetap pilihan yang lebih baik untuk pembeli di Nepal.
Ini kerana apabila EX5 dipratonton antara kebimbangan utama kami adalah suspensinya yang terlalu lembut. Ia dirasakan tidak sesuai untuk jalan yang lebih kasar dan tidak rata.


Namun lain pula buat, Proton e.MAS 7 kerana model ini telah melalui penambahbaikan tambahan dari segi pengendalian dan keselesaan bagi menyesuaikan untuk semua permukaan keadaan jalan yang mencabar sekali gus menjadikannya lebih sesuai untuk kegunaan harian di luar lebuh raya.
Untuk makluman, SUV ini dikuasakan oleh motor 160 kW (215 HP) dan bateri LFP Short Blade 60.2 kWh, dengan jarak pemanduan sejauh 530 KM CLTC. Ia mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam masa 6.9 saat.
EV ini menampilkan reka bentuk moden dan aerodinamik dengan pencahayaan LED, skrin infotainmen 15.4 inci, kluster digital 10.2 inci, serta ciri pintar seperti pengecasan tanpa wayar, arahan suara, dan bumbung suria panoramik.
Ia turut dilengkapi dengan pakej keselamatan lengkap termasuk enam beg udara, pemantauan titik buta, dan AEB.
Geely EX5 di Nepal secara rasmi hadir dalam dua varian, Pro dan Max, dimana masing-masing dijual pada harga NPR5.8 juta (RM186,000) dan NPR6.8 juta (RM218,000).

Namun begitu, pada harga yang hampir sama, Proton turut menawarkan e.MAS 7 dalam dua varian iaitu Prime dan Premium masing-masing dijual pada harga NPR5,699,000 (RM183,000) dan NPR6,799,000 (RM218,000). Ia turut menawarkan dua pilihan bateri berkapasiti 49.52 kWh (345 KM WLTP) dan 60.22 kWh (410 KM WLTP).
Berdasarkan laporan kami sebelum ini, sambutan awal terhadap e.MAS 7 dilihat cukup memberangsangkan memandangkan lebih 50 unit telah dihantar ke Nepal sebelum pelancaran.
Pengedar Proton di Nepal ialah Jagdamba Motors, manakala Geely EX5 dibawa masuk oleh LRR Motors.
Dalam pasaran EV yang pesat berkembang seperti Nepal, di mana 73% daripada jumlah jualan kenderaan pada tahun 2024 terdiri daripada EV, kerana pembeli dilihat lebih setia dengan jenama.
Nampaknya antara EX5 dan e.MAS 7, pembeli di Nepal kini ditawarkan dengan dua pilihan. Jadi, sesi pandu uji adalah sangat digalakkan untuk menilai mana satu yang paling sesuai untuk keadaan jalan di negara itu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6230
SELANGOR
BSU3687
JOHOR
JF5842J
PULAU PINANG
PSG3654
PERAK
APM1847
PAHANG
CFJ509
KEDAH
KGJ4374
NEGERI SEMBILAN
NEM2549
KOTA KINABALU
SJU5166
KUCHING
QAB7445P
Terakhir Kemas Kini 12 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?
Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.
08-06-2026
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?
Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?
04-06-2026
Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV
Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.
22-05-2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge