ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perkhidmatan Aerotrain Tergendala Lagi Sebab Masalah Teknikal

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tergendala seketika semalam gara-gara   masalah teknikal.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata, kejadian berlaku pada jam 10.30 pagi susulan pintu tren gagal ditutup dengan sempurna, sekali gus mencetuskan pemberhentian operasi selama 15 minit sebagai langkah berjaga-jaga.

"Sepanjang tempoh itu, perkhidmatan bas ulang-alik diaktifkan bagi memastikan pergerakan penumpang antara terminal berjalan lancar.

"Perkhidmatan Aerotrain disambung semula pada jam 11.01 pagi dan operasi kini kembali seperti biasa," katanya.

MAHB turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami serta mengucapkan terima kasih kepada penumpang atas kefahaman dan kerjasama mereka.

image.png

Sebelum ini, perkhidmatan Aerotrain turut dihentikan sementara pada 4 Julai lalu susulan pengumpulan air di dalam terowong akibat hujan lebat.

Gangguan sebelum ini berpunca daripada kerosakan teknikal pada pam saliran ketika hujan lebat sekitar jam 11 pagi, sekali gus menjejaskan proses penyingkiran air secara automatik.

Perkhidmatan tren tanpa pemandu yang telah dinaik taraf sepenuhnya itu kembali beroperasi sepenuhnya pada 1 Julai lalu, susulan kerja-kerja naik taraf bernilai RM456 juta di bawah inisiatif transformasi RM742 juta oleh MAHB, yang bertujuan memperkukuh KLIA sebagai hab penerbangan serantau bertaraf dunia.

image.png

Terdahulu, pengguna X @afiqmukhtar memuat naik gambar menunjukkan penumpang yang terjejas sedang berjalan ke arah luar selepas aerotrain gagal untuk membawa mereka di antara Terminal 1 KLIA ke Bangunan Satelit.

Pengguna-pengguna media sosial lain juga memuat naik hantaran mengenai perkara itu selain turut meletakkan 'tag' ke atas akaun X Perdana Menteri, Menteri Pengangkutan dan MAHB.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Berita Auto

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Berita Auto

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026
Berita Auto

JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.

11-10-2026
Berita Auto

Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?

Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.

09-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.