ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Projek ECRL Ke Rantau Panjang, Perlu Ada Kajian

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Perbincangan mengenai cadangan sambungan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Rantau Panjang, Kelantan akan dibawa ke kabinet dalam tempoh terdekat ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fookberkata, projek berkenaan kini dalam proses pembinaan dan jajaran landasan ke Rantau Panjang adalah sebahagian daripada pakej projek, namun ia perlu dibincangkan dengan China, melibatkan kontraktor utama China Communications Construction Co Ltd (CCCC).

"Soal teruskan ECRL ke Rantau Panjang, ini sedang dibincangkan sebab projek ECRL masih berjalan dan nak sambung (di Rantau Panjang) adalah sebahagian daripada pakej ECRL yang perlu dibincangkan balik dengan China…ini belum sampai ke kabinet, saya akan (bawa) ke kabinet,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

image.png

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berhubung jaminan kerajaan untuk meneruskan projek ECRL ke Rantau Panjang, serta kajian kesan risiko banjir projek itu.

Anthony berkata, kajian teknikal termasuk risiko banjir belum dilaksanakan, kerana kajian kebolehlaksanaan projek ECRL di Rantau Panjang perlu dibuat terlebih dahulu.

Beliau berkata, projek ECRL menelan kos yang besar kerana kebanyakan jajaran landasan di Pantai Timur dibina secara elevated iaitu menggunakan jejambat yang tinggi untuk mengelakkan risiko banjir.

"Bagi kawasan stesen di Rantau Panjang, jika ECRL nak disambungkan ke negara Thailand, kementerian mengenal pasti ada masalah teknikal iaitu perbezaan jenis landasan bagi ECRL dan SRT (State Railway of Thailand).

"Di (stesen) Rantau Panjang, jenis landasan yang digunakan ECRL dan SRT tidak sama…kita perlukan kawasan yard kerana kalau nak integrasi dengan Thailand, kita perlu benarkan SRT masuk ke Rantau Panjang dan mesti bersebelahan dengan landasan ECRL untuk permindahan kargo boleh dilaksanakan,” katanya.

Bagaimanapun ada dua perkara utama perlu diperincikan sebelum cadangan ini dapat memasuki fasa kajian kebolehlaksanaan. Pertamanya ialah kesediaan kerajaan Thailand untuk menyokong sambungan ini termasuk aspek infrastruktur di bahagian Thailand.

"Perkara kedua yang perlu diperincikan ialah sama ada sambungan tersebut patut menggunakan infrastruktur ECRL atau KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad). Kementerian Pengangkutan akan terus mengambil tindakan susulan untuk memperincikan jajaran dan model kerjasama terbaik bersama pihak Thailand untuk menentukan hala tuju cadangan ini,” katanya.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4007

SELANGOR

BSU4697

JOHOR

JF9076J

PULAU PINANG

PSG5072

PERAK

APM3298

PAHANG

CFJ1494

KEDAH

KGJ4939

NEGERI SEMBILAN

NEM3174

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?

ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!

08-10-2026
Berita Auto

Kadar Tambang ECRL Tular Cuma Spekulasi, Harga Rasmi Belum Diumum – MRL

Jangan Percaya 'Kadar Tambang ECRL' Tular, MRL Sahkan Belum Ada Keputusan Rasmi.

16-06-2026
Berita Auto

Pembangunan ECRL Semakin Rancak, Golden Tren Emu, E-Loco Sudah Tiba

Pembangunan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) memasuki fasa baharu menerusi Majlis Peluncuran Khas Ketibaan Golden Tren Electric Multiple Unit (EMU) dan Electric Locomotive (E-Loco) di Stesen ECRL KotaSAS, Kuantan, Pahang, pagi tadi.

11-02-2026
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Kecurian Kabel ECRL, Mungkin Angkara Orang Dalam, - Polis

Kecurian kabel projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang semakin menjadi-jadi, berkemungkinan besar membabitkan orang dalam.

17-10-2025
Berita Auto

Paip Gas Bocor: Tapak ECRL Terpaksa Ditutup

Polis menutup laluan utama Kerteh-Ranggon kepada semua kenderaan susulan kebocoran paip gas Petronas Berhad (PGB) di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 5, Kerteh.

22-09-2025
Berita Auto

SAH! Fasa 1 ECRL Siap Tepat Disember 2026

Jajaran ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak akan disiapkan menjelang Disember 2026.

07-08-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Terowong Genting 16.39km Diiktiraf Sebagai Terowong Rel Terpanjang di Asia Tenggara

Terowong Genting adalah terowong rel terpanjang di Asia Tenggara.

14-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.