Wagon Paling Laju, BMW M3 CS Touring Catat Masa 7 Minit 29 Saat Di Litar Nurburgring

BMW baru sahaja mencipta satu lagi rekod di Nürburgring apabila BMW M3 CS Touring memecahkan rekod sebagai wagon terlaju apabila mencatatkan masa 7 minit 29 saat di litar Nürburgring sepanjang 20.832 km, baru-baru ini.
Apa yang cukup mengagumkan ialah rekod ini menjadikan kereta berjenama M3 yang mempunyai lima tempat duduk dan ruang kargo yang luas ini lebih laju daripada sesetengah kereta sport seperti Camaro ZL1 dan C8 Corvette.
Jika dibandingkan dengan model semasa daripada barisan BMW Bavaria, M3 CS Touring hanya kurang daripada satu saat lebih perlahan berbanding versi saloon kembarnya, namun masih jauh untuk menyamai prestasi M4 CSL yang lebih ekstrem.


Untuk makluman, model BMW pengeluaran terpantas yang mencatatkan masa 7:18.137 di litar tersebut.
Yang menjadikan pencapaian ini lebih menarik adalah M3 CS Touring dipandu oleh Jörg Weidinger yang juga merupakan jurutera pembangunan BMW M. Sebelum memegang jawatan kejuruteraan di BMW, Weidinger ialah seorang pemandu perlumbaan dan juara perlumbaan mendaki bukit, jadi beliau memang memiliki pengalaman berdasarkan perlumbaan terdahulunya.
Dilancarkan awal tahun ini, M3 CS Touring ialah versi yang lebih fokus dari M3 Touring, dengan peningkatan prestasi, casis, dan aerodinamik, namun masih mengekalkan tahap praktikaliti yang hampir sama.

Sebagai permulaan, enjin S58 3.0 liter enam sebaris turbo berkembar kini ditala untuk menghasilkan kuasa setakat 543 hp, dengan kuasa disalurkan ke keempat-empat roda (AWD) melalui sistem M xDrive dan transmisi automatik 8-kelajuan yang dibekalkan oleh ZF.
Hasil daripada peningkatan kuasa ini, BMW mendakwa M3 CS Touring mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam hanya 3.5 saat, dengan kelajuan maksimum mencecah 300 km/j.
Untuk menyokong kuasa ini, jurutera BMW M juga telah mengubah suai geometri suspensi dan memberikan sistem brek yang lebih mantap, selain trurut menawarkan cakera seramik karbon sebagai pilihan.

Walaupun mempunyai prestasi setanding dengan kereta supercar, M3 CS Touring tetap menawarkan tahap praktikaliti seperti mana-mana model wagon lain.
Ia mengekalkan susun atur lima tempat duduk seperti model standard 3 Series Touring, dan menawarkan ruang but sebanyak 500 liter, yang boleh ditingkatkan kepada 1,510 liter apabila tempat duduk belakang direbahkan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BMW M, Franciscus van Meel berkata, BMW M3 CS Touring akan menetapkan standard baharu dalam aspek dinamik.
"Dengan catatan masa di bawah 7:30 minit, model ini dengan jelas membuktikan bahawa konsep kenderaan ini menggabungkan DNA perlumbaan dengan kebolehgunaan harian secara sempurna," ujarnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Kehadiran BMW M3 Touring Di Pasaran, Buat Pesaingnya "Berpeluh"
BMW melancarkan model wagon, BMW M3 Touring pada Jun tahun lalu sudah pasti membuatkan pesaingnya “panas punggung”.
07-02-2023
BMW M3 CS Touring 2025, Jentera Berprestasi Tinggi Yang Praktikal
Syarikat automotif mewah Jerman, BMW, melalui cabang model kenderaan berprestasinya, BMW M, telah memperkenalkan model terbaru, M3 CS Touring.
31-01-2025
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge