Xpeng P7 Pula Didedah, 586 HP, Macho Habis!

Selepas imej pratonton bocor sebelum ini, model generasi kedua Xpeng P7 yang dinanti-nantikan akhirnya membuat penampilan sulungnya di China, baru-baru ini.
Sedan fastback elektrik sepenuhnya ini hadir dengan reka bentuk yang radikal, serta prestasi dan jarak perjalanan yang pasti memuaskan hati si pembelinya.
Untuk makluman, ia dibina berdasarkan platform SEPA2.0 dengan seni bina bateri silikon karbida 800-volt, dimana P7 baharu ini ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa iaitu pacuan roda belakang (RWD) tunggal dan pacuan semua roda (AWD) dwi-motor.


Versi RWD menghasilkan 362 hp (270 kW), manakala versi AWD menghasilkan gabungan kuasa 586 hp (437 kW), sekali gus membolehkan P7 memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam hanya 3.7 saat. Had laju maksimum bagi kedua-dua varian ialah 230 km/j.
Untuk menyokong keupayaan trenkuasa tersebut, P7 turut dilengkapi dengan komponen mekanikal berprestasi tinggi termasuk brek Brembo pilihan yang membolehkan jarak membrek dari 100 km/j hanya 33.16 meter. Dengan sistem suspensi dwi-link wishbone di hadapan dan multi-link di belakang, serta sistem suspensi udara dua ruang, membuatkan model EV ini cukup mantap.
Sementara itu, dua pilihan bateri tersedia untuk P7 baharu ini adalah bateri LFP 74.9 kWh daripada Eve Energy dan bateri NMC ternari 92.2 kWh daripada CALB – khusus untuk varian Long Range. Dipadankan dengan motor RWD tunggal, varian Long Range dikatakan mampu mencapai jarak perjalanan sehingga 820 km mengikut kitaran CLTC.
Dengan seni bina 800-volt, P7 menyokong pengecasan pantas 5C dengan kadar puncak sehingga 486 kW, membolehkan pengecasan dari 10% ke 80% disiapkan dalam hanya 11.3 minit. Xpeng turut mendakwa bahawa P7 mampu memperoleh jarak 512 km hanya dengan pengecasan selama 10 minit .
Dari segi reka bentuk, P7 baharu ini membawa perubahan besar daripada pendekatan reka bentuk sebelumnya, dengan muka depan “Xsmart Face” yang menampilkan DRL LED rentas penuh dan lampu utama tersembunyi di bawah jalur cahaya tersebut.
Dari sisi, P7 memaparkan siluet fastback yang anggun dengan cermin belakang condong, tiang-A hitam untuk memberi kesan bumbung terapung, serta pemegang pintu yang tersorok demi kecekapan aerodinamik. Hasilnya, ia mencatat pekali seretan hanya 0.201 Cd – menjadikannya antara sedan EV paling aerodinamik di dunia.

Pelanggan turut ditawarkan beberapa pilihan reka bentuk rim bersaiz antara 20 hingga 21 inci. Menjengah Bahagian belakangnya, ia hadir dengan lampu belakang LED berbentuk H, serta spoiler aktif boleh laras. Seperti fastback lain, pintu but P7 boleh dibuka sepenuhnya dan hadir dengan ruang but seluas 575 liter.
Bahagian dalaman pula menampilkan susunan papan pemuka “Technology Island” terbaharu Xpeng, ada paparan AR-HUD sebesar 87 inci yang dibekalkan oleh Huawei. Ia digandingkan dengan unit infotainmen tengah bersaiz 15.6 inci dan kluster instrumen digital nipis yang tersembunyi di sebalik stereng tiga jejari penuh butang kawalan.
Antara kelengkapan lain ialah terdapat panel pintu dengan butang kawalan pintar sentuhan kapasitif yang boleh disesuaikan untuk akses cepat kepada fungsi seperti pengudaraan kerusi dan lampu bacaan.
Dari segi pemanduan pintar, P7 baharu ini dikuasakan oleh tiga cip Xpeng Turing AI dimana dua daripadanya mengawal model pemanduan pintar “Very Intelligent Driving” (VLA), manakala satu lagi digandingkan dengan cip Qualcomm Snapdragon 8295P untuk model kabin pintar “Very Intelligent Cabin” (VLM).

Buat masa ini, Xpeng masih belum mendedahkan harga rasmi untuk P7 baharu, namun ia dijangka sekitar CNY 300,000 (RM176,538) di pasaran China. Sebaik sahaja dilancarkan, ia bakal bersaing sengit dengan model tempatan seperti Xiaomi SU7 dan Zeekr 007, serta pesaing dari Eropah seperti BMW i5 dan Lotus Emeya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Xpeng P7 Tampil Lebih Berani, Ada Pintu Gunting, Rim Jenis Besar Baru Nampak Garang
Xpeng sekali lagi mencuri perhatian apabila mendedahkan Xpeng P7, baru-baru ini.
27-05-2025
Xpeng P7 Tampil Lebih Berani, Ada Pintu Gunting, Rim Jenis Besar Baru Nampak Garang
Xpeng sekali lagi mencuri perhatian apabila mendedahkan Xpeng P7, baru-baru ini.
27-05-2025
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
