Bezza, Axia Laku Keras, Sebab Itu Perodua Ungguli Carta

Nampaknya, Perodua Bezza masih laku keras walaupun sudah masuk 10 tahun berada di pasaran tempatan memandangkan sebanyak 65,479 unit sudah didaftarkan sehingga 31 Ogos 2025 sekali gus menjadikan Bezza antara kereta paling popular di negara ini.
Perkara itu didedahkan menerusi laporan terperinci daripada data.gov.my semalam.
Seperti mana diketahui umum Perodua Bezza sentiasa menjadi pilihan utama rakyat Malaysia kerana menawarkan harga mampu milik selain reka bentuk moden, dan kecekapan bahan api yang tinggi.

Berdasarkan laman web Perodua, harga Perodua Bezza bermula dari sekitar RM35,000 sekali gus ia menjadi pilihan terbaik bagi pembeli yang mencari kereta baru bawah RM50,000. Faktor harga yang berpatutan ini menjadikan Bezza sebagai pilihan utama bagi golongan muda, keluarga kecil, dan mereka yang baru mula bekerja.
Selain Perodua Bezza, tempat kedua diduduki oleh Perodua Axia apabila sebanyak 56,158 unit terjual setakat Ogos lalu.

Disebabkan harga murah, saiznya juga menyebabkan ia menjadi pilihan Utama buat golongan wanita, bagi yang mula bekerja mahupun pesara.
Selain bersaiz kecil, Axia juga kini menyediakan pelbagai ciri menarik, canggih dan apa yang paling penting ia mudah dipandu serta jimat minyak.
Sementara itu, Perodua Myvi menduduki tempat ketiga memandangkan 47,192 unit turut didaftarkan pada tempoh yang sama.
Statistik ini menunjukkan Perodua terus menguasai pasaran tempatan dan kekal di tangga teratas dimana Perodua mendaftarkan sebanyak 231,700 unit setakat ini.

Jika melihat data di bawah, Perodua telah jauh meninggalkan jenama-jenama lain termasuk Proton.

Begitupun, Proton masih mengekalkan kedudukan kedua dengan pendaftaran sebanyak 97,578 unit namun ini mungkin kerana jualan model popularnya seperti Proton Saga, X50 dan X70.
Bagi jenama asing, Toyota berada di tempat ketiga dengan pendaftaran 80,491 unit. Ini membuktikan Toyota masih menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Tidak ketinggalan, Honda juga kekal di hati rakyat Malaysia kerana jenama ini begitu dipuja sehingga menjadi penanda aras dalam banyak perkara.Setakat Ogos 2025, Honda mencatatkan 46,757 unit, menempatkannya di kedudukan keempat carta jualan.

Di sebalik iu, jenama dari China seperti Chery juga semakin tunjuk belangnya apabila mampu mendaftarkan kenderaan sebanyak 20,445 unit sehingga berjaya menewaskan jenama Mitsubishi.
Apa pula pendapat anda mengenai kedudukan carta ini? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8215
SELANGOR
BSU3986
JOHOR
JF6629J
PULAU PINANG
PSG4133
PERAK
APM2293
PAHANG
CFJ1053
KEDAH
KGJ4585
NEGERI SEMBILAN
NEM2740
KOTA KINABALU
SJU5414
KUCHING
QAB7512P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge