BYD Siar Video Yangwang U9 02, Prototaip Supercar EV Ini Mampu Hambur Kuasa Hampir 3,000 HP!

Nampaknya, sekali lagi, syarikat gergasi pembuat NEV China, BYD, telah menggemparkan media sosial di China apabila mendedahkan satu teaser baharu yang menunjukkan sebuah kereta elektrik supercar yang dikenali sebagai Yangwang U9 '02'.
Bagaimanapun, tiada banyak butiran didedahkan dalam teaser tersebut selain bahagian hadapan supercar, lampu belakang, serta siluet coupenya.
Selain itu, video tersebut turut memaparkan prototaip baharu ini dipandu keluar ke sebuah trek.


Walaupun model ini masih berada di peringkat ujian awal, pengumuman ini adalah susulan daripada siri pencapaian besar yang telah direkodkan oleh kereta ujian Yangwang U9 '01'.
Antara pencapaian itu ialah mencatat rekod kelajuan tertinggi EV baharu sebanyak 472.21 km/j.
BYD bagaimanapun mendakwa bahawa Yangwang U9 '02' mampu menghasilkan kuasa setakat 2,200 kW atau lebih kurang 2,978 hp.
Untuk itu, BYD menamakannya sebagai “kuasa kuda paling bertenaga di dunia.”


Untuk makluman Yangwang U9 '01' menggunakan empat motor elektrik (quad-motor) dimana ia mampu menghasilkan lebih 2,960 hp.
Ia juga diperkenalkan oleh BYD sebagai “platform kenderaan 1,200V ultra-voltan tinggi pertama yang dihasilkan secara besar-besaran, selain dipadankan dengan sistem pengurusan haba yang dioptimumkan untuk keadaan ekstrem.
Antara teknologi utama lain yang dilengkapkan pada supercar EV berprestasi tinggi ini termasuklah sistem kawalan badan aktif pintar DiSus-X (Yun Nian-X) milik BYD, serta tayar berprestasi tinggi yang dibangunkan dalam negara dan direka untuk kelajuan sehingga 500 km/j.

Selain itu, BYD tidak mendedahkan spesifikasi teknikal atau garis masa pelancaran untuk Yangwang U9 '02'.
Namun begitu, dengan gabungan U9 '01' Track Edition terdahulu dan prototaip '02' yang baru diumumkan ini, sub-jenama Yangwang terus menekankan pembangunan EV berprestasi tinggi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge