Geely EX5 Terlebih Dahulu Masuk Pasaran UK Bulan Depan, Apa Pula Nasib Proton e.MAS 7?

Beberapa laporan akhbar di United Kingdom (UK) melaporkan bahawa Geely EX5 EV SUV iaitu kembar kepada Proton e.MAS 7 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran UK pada bulan depan.


Apa yang diketahui setakat ini Geely yang akan memasuki pasaran UK itu hadir dengan pek bateri LFP 60.2 kWh serta motor elektrik dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 215 hp.

Ini membolehkan varian SE mampu menawarkan jarak pemanduan sehingga 429 km (267 batu) manakala varian Max pula sehingga 410 km.
Dikhabarkan Geely EX5 ‘SE’ untuk pasaran UK akan didatangkan dengan rim 18 inci, tempat duduk hadapan boleh dilaraskan secara berkuasa, kerusinya ada fungsi pemanasan dan beberapa ciri lain.
Bagi varian Pro pula, ia dilengkapi dengan rim 19 inci yang lebih besar dan pilihan warna dalaman ‘Cloud’. Varian tertinggi ‘Max’ pula hadir dengan bumbung kaca panoramik, tempat duduk hadapan berpengudaraan, serta pintu belakang berkuasa.

Sehubungan itu, Geely Auto (Geely) juga telah mengumumkan harga anggaran untuk ketiga-tiga varian tersebut: £31,990 (±RM183,042) untuk ‘SE’, £33,990 (±RM194,486) untuk ‘Pro’, dan £36,990 (±RM211,651) untuk ‘Max’.
Bagi pasaran UK, Geely menyatakan bahawa pembeli armada dijangka menjadi “segmen utama” bagi EX5 dimana segmen ini kini mewakili majoriti jualan kenderaan elektrik di UK. Syarikat itu juga yakin bahawa SUV elektrik ini akan mendapat sambutan daripada pembeli UK.

Di sebalik berita ini, apa pula nasib rancangan Proton yang sebelum dikatakan akan kembali ke pasaran UK dengan membawa kembar e.MAS 7 – pada asasnya produk yang sama tetapi dengan lencana berbeza.
Jika anda masih ingat, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, pernah berkata kepada Autocar UK mengenai rancangan pihaknya untuk menghidupkan semula operasi di pasaran utama pemanduan sebelah kanan (RHD) luar negara termasuk UK.
Rancangan tersebut sepatutnya mendapat sokongan daripada rakan kongsi Geely serta dipacu oleh hab pengeluaran ‘Automotive High Tech Valley’ di Proton City, Tanjung Malim, Perak.
Walaupun Proton telah merancang lebih awal, nampaknya Geely memilih untuk memasuki UK terlebih dahulu dengan EX5 di bawah jenamanya sendiri. Namun, ini tidak bermakna Proton tidak berpeluang lagi untuk memasuki UK dengan kembar e.MAS 7.


Pada masa ini, Proton e.MAS 7 dan Geely EX5 dijual serentak di Nepal. Malah, kedua-duanya ditawarkan dalam anggaran harga yang sama di sana, meskipun pasaran sekecil Nepal.
Buat masa ini, masih belum jelas sama ada e.MAS 7 akan menjadi sebahagian daripada rancangan Proton untuk kembali ke UK memandangkan kembarnya dari Geely sudah lebih awal memasuki pasaran tersebut.
Mungkin Proton boleh mempertimbangkan untuk kembali ke UK dengan crossover enjin pembakaran dalaman (ICE) berasaskan Geely (X50, X70 dan X90) serta sedan (S70).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9073
SELANGOR
BSU4086
JOHOR
JF6941J
PULAU PINANG
PSG4245
PERAK
APM2413
PAHANG
CFJ1132
KEDAH
KGJ4650
NEGERI SEMBILAN
NEM2780
KOTA KINABALU
SJU5480
KUCHING
QAB7531P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge