GWM Ora Good Cat GT – EV Kecil Yang 'Garang' Ini Muncul Di Perarakan Merdeka
-full_normal.jpg)
Selain Proton e.MAS 5, model elektrik lain yang turut membuat kemunculan mengejut semasa perarakan Hari Kebangsaan Ke-68 di Putrajaya ialah GWM Ora Good Cat GT dalam warna kelabu Aqua Grey yang mencuri perhatian ramai semasa konvoi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Kemunculan umum model ini mungkin petanda bahawa pelancaran Ora Good Cat versi sporty ini bakal berlangsung tidak lama lagi.
Gaya Lebih 'Garang'
-full_normal.jpg)
Siapa sangka, sebuah model secomel Ora Good Cat boleh menjadi ‘garang’ hanya dengan penambahan elemen sporty pada versi GT. Model terbaru ini hadir dengan bampar depan yang agresif, skirt sisi gentian karbon, lengkungan roda yang lebar serta diffuser belakang serta spoiler lebih besar dengan logo GT.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Jentera ini kelihatan menyerlah dengan aksen kuning pada rim aloi 18 inci, cermin sisi, kaliper brek, bampar dan spoiler. Di Thailand, warna kelabu yang dipertontonkan kepada umum ini merupakan salah satu daripada warna pilihan yang ditawarkan di negara jiran itu selain warna hitam Sun Black.
Baca: GWM ORA Good Cat Raih 97% Green NCAP – EV Comel Paling Mesra Alam
Kabin Sporty
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Sepertimana di bahagian luar, ruang kabinnya juga diberikan sentuhan sporty dengan simbahan warna aksen kuning yang kontra, seperti yang dapat dilihat pada papan pemuka, tempat duduk dan panel pintu. Tempat duduk depan yang dibalut dengan kulit suede dan berlogo GT turut hadir dengan fungsi canggih seperti sistem pengudaraan dan urutan untuk keselesaan maksimum semasa memandu.
Prestasi Lebih Mantap
Dari segi prestasi, GT menggunakan motor tunggal di hadapan yang menjana 169 hp dan 250 Nm tork, lebih tinggi berbanding 141 hp dan 210 Nm pada model standard. Kuasa dibekalkan oleh bateri LFP berkapasiti 57.7 kWj yang menawarkan jarak pemanduan sehingga 460 km berasaskan penarafan NEDC.
Untuk perbandingan, Ora Good Cat yang kini dijual di Malaysia hadir dalam dua varian iaitu 400 Pro dengan bateri LFP 47.8 kWj menawarkan jarak 400 km, manakala 500 Ultra menggunakan bateri NMC 63.1 kWj dengan jarak 500 km.
Baca: Ora Good Cat GT Sah Masuk Malaysia – EV Comel Kini Garang!
-full_normal.jpg)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5207
SELANGOR
BST3938
JOHOR
JD4737J
PULAU PINANG
PSF2572
PERAK
APL1882
PAHANG
CFH5991
KEDAH
KGH8048
NEGERI SEMBILAN
NEL6518
KOTA KINABALU
SJT8553
KUCHING
QAB4992P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MSF Merdeka Race 2025 Berlangsung Di Sepang 31 Ogos – Ini Yang Menarik...
Bagi peminat sukan permotoran tempatan, MSF Merdeka Race 2025 bakal membuka tirainya hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Petronas Sepang
28-08-2025
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
GWM & Touch ’n Go Jalin Kerjasama Strategik
GWM x Touch ’n Go: Beli Kereta Baharu, Terus Sedia Lalu Tol Tanpa Tunai.
31-07-2026
KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri
Intai Dua Model Elektrik Baharu GWM di KLIMS 2026 – Ini Yang Anda Perlu Tahu!
08-06-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif
Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.
27-04-2026
GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia
WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!
22-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Berita Terkini
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat