Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition Kini Di Pasaran – Dari RM538,888

Selain pelancaran Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe baharu, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut melancarkan varian edisi terhad, Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition, sebagai 'lambaian terakhir' kepada model CLA generasi kedua (C118). Varian eksklusif ini ditawarkan pada harga RM538,888 (tidak termasuk insurans) dan hadir dengan pelbagai penambahbaikan eksklusif bagi membezakannya daripada model standard.
Ciri Mekanikal Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition


Dari segi prestasi, Final Edition dikuasakan oleh enjin 2.0 liter 4 silinder turbo M139 yang sama yang menghasilkan 421 PS dan 500 Nm. Kuasa ini disalurkan kepada roda melalui transmisi DCT Speedshift AMG 8 kelajuan dan sistem pacuan semua roda (AWD) 4Matic+.
Walaupun kurang berkuasa berbanding CLE 53, masa pecutan 0-100 km/j CLA 45 S adalah lebih cepat iaitu 4.1 saat. Bagaimanapun, kelajuan maksimum bagi coupe empat pintu ini masih sama dengan CLE 53 iaitu 270 km/j.
Ciri Eksklusif Final Edition


Edisi khas ini didatangkan dengan beberapa pakej penggayaan dan kelengkapan eksklusif AMG yang termasuk AMG Night Package II yang memberikan penampilan lebih agresif melalui gril penyejuk eksklusif AMG yang digelapkan, penyangga gril dan logo berwarna krom hitam, serta penutup tangki bahan api krom perak dengan tulisan AMG.






Dua pilihan warna eksklusif MANUFAKTUR turut ditawarkan iaitu warna solid Alpine Grey dan metalik Patagonia Red, menjadikan setiap unit lebih istimewa dan menyerlah berbanding versi standard.
Ciri-ciri agresif yang ditawarkan pada model 2024 termasuk gril Panamericana, bampar rekaan AMG hadapan dan belakang, spoiler ducktail, serta empat corong ekzos yang merupakan gaya eksklusif AMG. Dari tepi, model ini masih menggunakan rim aloi AMG 19 inci dengan kaliper brek berwarna merah.






Di bahagian kabin, aura mewah dan sporty kekal sama dengan ciri menarik seperti stereng AMG Performance, kemasan aluminium, tempat duduk hadapan AMG Performance yang diberikan balutan gabungan kulit Microcut dan microfiber. Dalam aspek teknologi, model ini diberikan skrin infotaimen 10.25 inci dengan paparan grafik dan fungsi khusus AMG.
Edisi Terhad

Kemunculan CLA 45 S Final Edition ini menandakan penghujung era untuk CLA generasi kedua. Dengan hanya sebilangan unit yang akan dihasilkan, model ini dijangka menjadi buruan peminat kereta berprestasi tinggi dan pengumpul jentera eksklusif.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6845
SELANGOR
BSU3764
JOHOR
JF6065J
PULAU PINANG
PSG3794
PERAK
APM1960
PAHANG
CFJ647
KEDAH
KGJ4457
NEGERI SEMBILAN
NEM2595
KOTA KINABALU
SJU5267
KUCHING
QAB7463P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-Benz Malaysia Dan Hap Seng Star Rasmi Pembukaan Autohaus Di Setia Alam
Mercedes-Benz Malaysia dan Hap Seng Star baru sahaja melancarkan Mercedes-Benz Autohaus di Setia Alam
22-06-2022
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge