PADU, Data Silang Pelbagai Agensi Jadi Rujukan Laksana Subsidi Bersasar RON95

Nampaknya, maklumat dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan digunakan untuk rujukan silang, bersama data daripada pelbagai agensi kerajaan dalam menentukan kriteria dan kelayakan penerima subsidi petrol RON95.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata PADU digunakan sebagai pengesahan kelayakan subsidi petrol RON95, memandangkan ia bukan saja mengandungi maklumat yang dikemas kini oleh rakyat secara sukarela, malah turut menggabungkan data daripada pelbagai agensi kerajaan.

Untuk makluman, PADU adalah antara pangkalan data yang menjadi rujukan Kementerian Kewangan untuk menjana kriteria penentuan kelayakan penerima subsidi kerana ia adalah repositori data profil individu dan isi rumah warga negara serta pemastautin tetap di Malaysia.
Mengikut laman web PADU, sistem pangkalan data itu dibangunkan Kementerian Ekonomi dengan kerjasama kementerian dan agensi lain, antaranya Jabatan Kebajikan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pengangkutan, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Jumlah pendaftar PADU pada akhir Mac 2024 dilaporkan mencapai 10.8 juta orang atau sekitar 48.3 peratus daripada sasaran 50 peratus rakyat Malaysia yang perlu mendaftar.
Pendaftaran PADU yang dilancarkan pada 2 Januari 2024 ditutup bermula 1 April 2024.
Sementara itu, Amir Hamzah menjelaskan bahawa kaedah pelaksanaan yang menyeluruh penyasaran subsidi bersasar RON95 diumum akhir bulan ini.
Beliau berkata, pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 dirangka dengan teliti bagi memastikan majoriti rakyat yang layak tidak terjejas.
Ketika sesi soal jawab di Dewan Negara baru-baru ini, Amir Hamzah menjelaskan, kerajaan kini pada peringkat akhir memuktamadkan kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 bersama pihak berkepentingan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?
Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.
03-04-2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge