- Berita
- Berita Auto
- Rekod Cemerlang: Proton Rekod Jualan Tertinggi Dalam 36 Bulan, Lepas 100,000 Unit Untuk Tahun Ini
Rekod Cemerlang: Proton Rekod Jualan Tertinggi Dalam 36 Bulan, Lepas 100,000 Unit Untuk Tahun Ini

PROTON mencatat prestasi jualan terbaik dalam tempoh 36 bulan apabila berjaya menjual sebanyak 15,228 unit (Domestik + Eksport) pada bulan Ogos 2025.
Pencapaian ini turut melonjakkan jumlah jualan keseluruhan tahun ini kepada 100,902 unit, sekali gus mengukuhkan kedudukan PROTON di tempat kedua dalam carta jualan industri automotif.
Bulan Ogos juga menyaksikan jumlah keseluruhan industri (TIV) dianggarkan sebanyak 73,890 unit, iaitu paras tertinggi bagi tahun ini.
Seiring dengan peningkatan jualan, anggaran pegangan pasaran PROTON bagi bulan Ogos turut meningkat kepada 20.6%, menyamai pencapaian pada bulan April dan naik 1.3% berbanding Julai. Secara keseluruhan, pegangan pasaran PROTON kini dianggarkan 19.5% bagi tahun 2025.


Di sebalik jualan yang semakin mencanak, Proton X50 baharu terus mengekalkan momentum daripada bulan Julai, apabila 999 unit berjaya diserahkan hanya dalam masa tujuh hari selepas pelancarannya. Dengan tempoh sebulan, jualan melonjak sebanyak 107.3% kepada 4,287 unit, sekali gus menjadikan PROTON X50 sebagai peneraju segmen B-SUV dan SUV paling popular di Malaysia.


Setakat ini, lebih 5,000 unit telah berada di tangan pelanggan hanya dalam 38 hari selepas pelancaran rasmi.
Selain itu, dua model ICE turut mengekalkan kedudukan sebagai peneraju segmen. PROTON X90 sebanyak 220 unit, mengekalkan status sebagai SUV segmen D paling laris, manakala PROTON S70 terus kekal sebagai sedan segmen C paling laris dengan jualan 1,210 unit, menjadikan jumlah terkumpul tahun ini kepada 11,960 unit.
Sebulan selepas meraikan ulang tahun ke-40, PROTON Saga kekal sebagai model paling laris PROTON. Dengan jualan 6,331 unitpada Ogos, ia merekodkan bulan kedua berturut-turut melepasi paras 6,000 unit dan kini mengumpul 44,676 unit tahun ini, sekali gus membuktikan popularitinya walaupun terdapat spekulasi mengenai pelancaran model baharu.

Sementara itu, PROTON X70 sebanyak 627 unit dengan jumlah terkumpul 5,598 unit setakat ini, meningkat 39.4% berbanding tahun 2024. Model Persona dan Iriz masing-masing menyumbang 1,379 unit dan 305 unit pada bulan Ogos.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Zhang Qiang berkata, Ogos merupakan bulan bersejarah untuk PROTON.
"Kami mencapai prestasi jualan bulanan terbaik dalam tempoh tiga tahun dan berjaya melepasi angka enam digit untuk jualan tahun ini. Ini membuktikan momentum pasaran yang berterusan. Dengan pelbagai model baharu dalam perancangan, kami yakin dapat mengekalkan prestasi ini dan menutup tahun 2025 dengan pencapaian lebih tinggi,” katanya.


Malah, Proton e.MAS 7 kekal sebagai penyumbang utama dengan jualan 852 unit pada Ogos, meningkat 20.7 peratus berbanding Julai. Jumlah terkumpul model itu kini mencecah 5,811 unit.

Dengan pelancaran yang bakal tiba bagi Proton e.MAS 5, EV mampu milik pertama negara, serta perasmian Kilang EV PROTON di Tanjong Malim, PROTON optimis jualan EV akan terus mendapat sambutan baik.
Untuk itu, jualan eksport PROTON kini 49% lebih tinggi berbanding tahun lalu. Ogos merupakan bulan terbaik bagi eksport dengan 586 unit dihantar ke pelbagai pasaran antarabangsa, menjadikan jumlah terkumpul 3,144 unit.
Model utama bagi pasaran eksport ialah PROTON X50, diikuti Saga dan Proton e.MAS 7. Malah, Proton e.MAS 7 dijangka mencatatkan peningkatan menjelang akhir tahun apabila ia bakal dilancarkan secara rasmi di Singapura pada 17 September.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik
PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.
01-07-2026
PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?
Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.
08-06-2026
Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah
Tak Sempat Elak: 6 Terkorban Pertembungan Proton X50 & Lori Tanah.
08-06-2026
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia
Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?
28-05-2026
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Suku Kedua Bermula Garang! Proton Dominasi Jalan Raya.
07-05-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026
PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.
10-04-2026
Berita Terkini
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat