Volvo EX90 2026 Didedahkan – Sistem Jauh Lebih Canggih

Syarikat automotif Sweden, Volvo, mengumumkan versi terbaru bagi SUV elektrik andalannya (flagship), EX90, versi keluaran 2026. Tiada perubahan yang ketara diberikan dalam aspek visual, tetapi Volvo telah mempertingkatkan aspek teknikal dan sistem pada versi kali ini.
Volvo EX90 2026 kini menggunakan platform binaan elektrikal kenderaan elektrik (EV) 800 volt, peningkatan dari 400 volt pada model sebelumnya. Ini membolehkan kadar pengecasan DC yang lebih tinggi sehingga 350 kW berbanding 250 kW sebelum ini. Hasilnya, dengan hanya 10 minit pengecasan, dapat memberikan jarak pemanduan sehingga 250 km.

Peningkatan voltan ini bukan saja mempercepatkan masa pecutan dan meningkatkan kecekapan, malah mengurangkan penggunaan bahan yang sekali gus membantu mengurangkan berat bateri dan motor elektrik. Walaupun Volvo tidak mendedahkan angka prestasi yang spesifik, langkah ini memberi impak yang positif terhadap pemanduan dan jarak perjalanan.
Lebih Canggih Dalam Segenap Aspek






Salah satu kemaskini paling penting ialah penggunaan dua cip komputer Nvidia Drive AGX Orin dengan keupayaan sehingga 500 trilion operasi sesaat (TOPS). Teknologi ini bantu ‘menggerakkan’ sistem kecerdasan buatan (AI) kenderaan serta pelbagai lagi ciri keselamatan lain yang boleh ditambah baik secara over-the-air (OTA).
Menurut Volvo, pengguna model EX90 2025 sedia ada boleh mendapatkan peningkatan ini secara percuma melalui kemaskini di pusat servis Volvo, tanpa memerlukan sebarang perubahan platform.
Antara ciri terkini lain adalah termasuk amaran keselamatan masa nyata untuk jalan licin, halangan dan kemalangan. Fungsi e-call baharu membolehkan kereta menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk Emergency Stop Assist, sistem yang memberhentikan kenderaan secara automatik jika pemandu tidak responsif.
Sistem pengendalian kecemasan automatik kini boleh beroperasi dalam keadaan gelap dan mampu mengelakkan halangan secara automatik. Sistem Park Pilot juga dipertingkat dengan sokongan parkir sisi (parallel) untuk memudahkan pemilik.
Meningkatkan lagi kemewahan ruang kabin, adalah kehadiran bumbung panoramik elektrokromik.
Pelancaran Di Malaysia

Setakat ini, Volvo Car Malaysia belum mengumumkan bilakah model tahun 2026 ini akan tiba di pasaran tempatan. Tetapi kami yakin ia akan berlaku tidak lama lagi. Untuk makluman, EX90 dilancarkan secara serentak bersama XC90 facelift awal tahun ini, masing-masing pada harga dari RM442,888 dan RM418,888.
Baca: Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024!
Baca: Volvo EX90 SUV Paling Selamat, Maka Harganya Pun Boleh Tahan
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kempen ‘Selamat Raya Bersama Volvo': Tawar Rebat Sehingga RM60,000
Sepanjang acara jualan tempoh terhad ini, anda boleh menaik taraf kenderaan kepada rangkaian model Volvo dengan ganjaran tukar beli (trade-in) sehingga RM60,000 bagi model-model terpilih:
02-03-2026
Volvo EX60 Diperkenalkan – Varian Paling Berkuasa Capai Jarak EV Tertinggi? 810 KM!
Volvo tidak berseloroh apabila menggelar EX60 sebagai "pencetus revolusi" atau game-changer. Di sebalik rupa parasnya, EX60 adalah model pertama yang menggunakan platform SPA3 serba baharu.
23-01-2026
Volvo EX60 2026 Sah Masuk Malaysia – Capai 810 KM!
Volvo Car Malaysia (VCM) mengesahkan bahawa SUV elektrik terbaharu, Volvo EX60 2026, bakal muncul di pasaran Malaysia tidak lama lagi.
13-01-2026
Volvo XC90 Versi Kalis Peluru Diperkenalkan – Ini Teknologi Yang Digunakan...
Pengeluar kenderaan mewah dari Sweden, Volvo, baru-baru ini telah memuat naik video di YouTube yang memperlihatkan model Volvo XC90 Armoured.
07-07-2025
Volvo XC60: Antara Model Paling Laris Dalam Sejarah Volvo Ialah Volvo XC60
Percaya atau tidak, lebih 2.7 unit Volvo XC60 terjual di seluruh dunia.
26-06-2025
Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya
Pengiktirafan berprestij ini diumumkan pada New York International Auto Show yang diadakan baru-baru ini.
22-04-2025
Imej Acah Sedan Elektrik Volvo ES90 Didedahkan – Kemunculan Rasmi 5 Mac Nanti
Selepas memperkenalkan SUV elektrik EX90, kini kembarnya, sedan elektrik serba baharu, ES90, bakal menyusul pada bulan depan.
21-02-2025
Volvo EX30 Cross Country – EV Ranggi Berjiwa Off-Road
Volvo EX30 Cross Country akhirnya diperkenalkan secara rasmi hari ini. Apa yang menarik?
11-02-2025
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
