Volvo EX60 Diperkenalkan – Varian Paling Berkuasa Capai Jarak EV Tertinggi? 810 KM!

Semalam merupakan detik bersejarah buat jenama Sweden, Volvo. Bukan sahaja di Malaysia dengan pelancaran ES90, tetapi di peringkat global dengan kemunculan sulung Volvo EX60. SUV elektrik (EV) sepenuhnya ini dianggap sebagai 'adik' kepada model flagship EX90, namun ia membawa revolusi teknologi yang jauh lebih besar.
Volvo tidak berseloroh apabila menggelar EX60 sebagai "pencetus revolusi" atau game-changer. Di sebalik rupa parasnya, EX60 adalah model pertama yang menggunakan platform SPA3 serba baharu yang bakal mengubah cara Volvo membina kereta pada masa hadapan.
Apakah Kehebatan Platform SPA3 Dan Teknologi 'Mega-Casting'?
Platform SPA3 bukan sekadar tapak biasa, tetapi sebuah seni bina modular 800 volt yang sangat fleksibel. Antara inovasi utama yang diperkenalkan ialah:
- Mega-Casting: Teknik pembuatan radikal di mana bahagian besar struktur kereta dibentuk menggunakan acuan logam cair menjadi satu kepingan tunggal. Ini menghapuskan keperluan kimpalan beratus-ratus komponen kecil, menjadikannya lebih kukuh dan ringan.
- Cell-to-Body: Bateri kini menjadi sebahagian daripada struktur badan kereta. Kesannya? Kereta lebih tegar (rigid), ruang kabin lebih luas, dan kos pembuatan dapat dikurangkan.
- Modular: Platform ini akan menjadi asas kepada semua EV masa hadapan Volvo dan juga model-model di bawah kumpulan Geely.
Sejauh Mana Jarak Gerak Dan Prestasi Volvo EX60?
Volvo EX60 ditawarkan dalam tiga varian utama yang sangat berkuasa:

Varian tertinggi P12 bukan sahaja paling pantas, malah menawarkan jarak perjalanan sejauh 810 km dengan satu cas penuh, meletakkan standard baharu dalam kategori SUV elektrik mewah.
Bagaimanakah Rupa Paras Dan Kecanggihan Teknologi Kabin Volvo EX60?
Selain tiga varian utama (P6, P10, P12), Volvo turut memperkenalkan EX60 dalam versi 'Cross Country' yang tampil lebih garang dan khusus untuk kegunaan lasak.
Dari segi visual, EX60 adalah evolusi kepada bahasa reka bentuk Volvo yang minimalis. Berikut adalah antara ciri menarik:
- HuginCore: Sistem komputer generasi baharu yang mampu memproses 50 bilion operasi sesaat. Ia mengawal segalanya daripada infotainmen sehingga kepada bantuan pemanduan dengan kepantasan luar biasa.
- Ruang Luas: Lantai yang rata dan jarak roda yang panjang memberikan ruang kaki baris belakang yang sangat luas serta kapasiti kargo yang besar.
- Minimalis: Sama seperti EX30, Volvo membuang suis fizikal termasuk untuk pelarasan cermin sisi (kini dilaraskan melalui skrin atau butang stereng).
Bilakah Volvo EX60 Bakal Tiba Di Malaysia?
Walaupun Volvo Car Malaysia (VCM) sebelum ini mengesahkan rancangan untuk membawa masuk EX60 ke pasaran tempatan, garis masa rasmi masih belum didedahkan.
Bagaimanapun, pengeluaran di Sweden dijangka bermula pada musim bunga tahun ini (sekitar Mac-Mei), dengan penghantaran global bermula pada musim panas. Jika dilihat berdasarkan ‘tradisi’ VCM, kita mungkin boleh menjangkakan kehadiran unit CKD pada penghujung tahun 2026 atau awal 2027.
Juga Menarik: Volvo ES90 2026 Rasmi Di Malaysia – CKD, Cecah 651 KM, Dari RM339K
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kempen ‘Selamat Raya Bersama Volvo': Tawar Rebat Sehingga RM60,000
Sepanjang acara jualan tempoh terhad ini, anda boleh menaik taraf kenderaan kepada rangkaian model Volvo dengan ganjaran tukar beli (trade-in) sehingga RM60,000 bagi model-model terpilih:
02-03-2026
Volvo EX60 2026 Sah Masuk Malaysia – Capai 810 KM!
Volvo Car Malaysia (VCM) mengesahkan bahawa SUV elektrik terbaharu, Volvo EX60 2026, bakal muncul di pasaran Malaysia tidak lama lagi.
13-01-2026
Volvo EX90 2026 Didedahkan – Sistem Jauh Lebih Canggih
Syarikat automotif Sweden, Volvo, mengumumkan versi terbaru bagi SUV elektrik andalannya (flagship), EX90, versi keluaran 2026
24-09-2025
Volvo XC90 Versi Kalis Peluru Diperkenalkan – Ini Teknologi Yang Digunakan...
Pengeluar kenderaan mewah dari Sweden, Volvo, baru-baru ini telah memuat naik video di YouTube yang memperlihatkan model Volvo XC90 Armoured.
07-07-2025
Volvo XC60: Antara Model Paling Laris Dalam Sejarah Volvo Ialah Volvo XC60
Percaya atau tidak, lebih 2.7 unit Volvo XC60 terjual di seluruh dunia.
26-06-2025
Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya
Pengiktirafan berprestij ini diumumkan pada New York International Auto Show yang diadakan baru-baru ini.
22-04-2025
Imej Acah Sedan Elektrik Volvo ES90 Didedahkan – Kemunculan Rasmi 5 Mac Nanti
Selepas memperkenalkan SUV elektrik EX90, kini kembarnya, sedan elektrik serba baharu, ES90, bakal menyusul pada bulan depan.
21-02-2025
Volvo EX30 Cross Country – EV Ranggi Berjiwa Off-Road
Volvo EX30 Cross Country akhirnya diperkenalkan secara rasmi hari ini. Apa yang menarik?
11-02-2025
Berita Terkini
Cukai Jalan EV 85% Lebih Murah Berbanding Kereta Petrol
Cukai Jalan EV 85% Lebih Rendah Berbanding ICE.
26-11-2026
We Never Anti EV - Menteri MITI
Datuk Johari menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah anti-EV.
26-11-2026
Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu
Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.
20-11-2026
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit
BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.
19-11-2026
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja
Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.
19-11-2026
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?
Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?
17-11-2026
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge















