ChargeSini Sediakan Pengecas Pantas DCFC 50 kW Di Pusat 3S Proton IOI City Mall

Pusat 3S Proton di IOI City Mall kini sediakan pengecas pantas DC 50 kW.
Berita baik kepada pemilik kenderaan elektrik (EV) di sekitar Putrajaya, Pusat 3S Proton yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya, kini menyediakan fasiliti pengecasan pantas DC (DCFC) yang berkuasa 50 kW.
Pengecas ini disediakan hasil kerjasama antara syarikat pengendali titik pengecasan (CPO), ChargeSini dan pengedar rasmi Proton dan Proton e.MAS, Jewel Sonic Sdn Bhd.
Terletak strategik di East Wing, IOI City Mall, berhampiran dengan kawasan parkir Premium, stesen ini menempatkan satu unit pengecas pantas DC 50 kW dua nozel yang membolehkan dua EV dicas serentak di dua petak khas yang disediakan.

Dua nozel disediakan membolehkan dua EV dicas serentak.
Untuk memanfaatkan sistem pengecas ini, ia boleh diakses menerusi aplikasi ChargeSini yang boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau melalui aplikasi pengecasan Proton e.MAS. Caj yang dikenakan adakah kadar standard ChargeSini untuk DC iaitu RM1.39 per kWj.
Buat masa ini, akses dihadkan kepada pemilik Proton e.MAS sahaja sebelum diperluaskan untuk kegunaan orang ramai tidak lama lagi.


Buat masa ini, penggunaannya eksklusif untuk pengguna e.MAS.
Sementara ia masih belum dibuka kepada umum, pengendali Pusat 3S ini, Jewel Sonic Sdn Bhd, menawarkan pengecasan percuma secara eksklusif kepada pemilik Proton e.MAS yang menghantar kenderaan mereka untuk diservis di sini.
Pelanggan yang layak dan merancang untuk mengunjungi IOI City Mall, Putrajaya, boleh menghubungi pihak bilik pameran e.MAS terlebih dahulu untuk menggunakan pengecas DC yang disediakan.

Pengecas ini boleh diakses 24 jam.
Stesen DCFC baharu di Proton 3S Centre IOI City Mall kini menjadi sebahagian daripada rangkaian pengecas ChargeSini yang sedang berkembang pesat, mencecah lebih 1,200 titik pengecasan aktif di lebih 400 stesen di seluruh Malaysia.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2059
SELANGOR
BSU2919
JOHOR
JF4022J
PULAU PINANG
PSG2293
PERAK
APM120
PAHANG
CFH9518
KEDAH
KGJ3871
NEGERI SEMBILAN
NEM2153
KOTA KINABALU
SJU4594
KUCHING
QAB7260P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge