EV Paling Mampu Milik Di Malaysia, Proton e.MAS 5 Bakal Dilancar 30 Okt Ini!

Selepas pelbagai spekulasi, kenderaan elektrik paling mampu milik di Malaysia, Proton e.MAS 5 akhirnya akan dilancarkan secara rasminya pada 30 Oktober ini.


Pengeluar automotif nasional itu mengesahkan perkara tersebut melalui saluran media sosial rasminya baru-baru ini.
Terdahulu,tempahan telah pun dibuka secara atas talian dan melalui pengedar sah Proton e.MAS, dengan bayaran tempahan serendah RM99 sahaja. Proton turut mengumumkan harga anggarannya cuma sekitar RM60,000 hingga RM80,000 sekali gus ia kini dianggap EV paling marhaen di Malaysia.
Setakat ini, Proton e.MAS 5 telah menerima lebih 3,000 tempahan, kebanyakannya daripada pelanggan yang ingin merebut peluang promosi khas ‘Early Bird’ yang ditawarkan Proton.
Antara keistimewaannya ialah akan menerima kad edisi terhad Proton e.MAS TnG NFC yang telah dimuatkan dengan kredit prabayar RM100, serta rebat yuran tempahan sebanyak RM500.

Sebelum ini, dua varian disahkan iaitu varian ‘Prime’ yang dilengkapi bateri 30.12 kWh dengan jarak pemanduan 225 KM (penilaian WLTP), manakala varian ‘Premium’ disumbat dengan bateri 40.16 kWh dimana varian ini menawarkan jarak pemanduaan sekitar 325 km.
Untuk makluman, semua varian Proton e.MAS 7 didatangkan dengan waranti kenderaan selama 6 tahun tanpa had perbatuan, serta waranti berasingan untuk bateri voltan tinggi manakala waranti komponennya pula selama 8 tahun atau 160,000 KM (mana-mana terdahulu).
Ketika pelancarannya, pembeli awal e.MAS 7 turut menerima pemasangan pengecas dinding rumah 7 kW bernilai RM1,500, penyesuai V2L bernilai RM500, serta pelan data internet tanpa had selama 5 tahun bernilai RM1,800.
Jadi, kita boleh menjangkakan tawaran serupa juga bakal ditawarkan untuk pembeli awal e.MAS 5 nanti.
Jadi, apa pula pandangan ? Adakah e.MAS 5 ini berpotensi menjadi antara model paling laris seperti mana e.MAS 7? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA1655
SELANGOR
BSQ3512
JOHOR
JYX2763
PULAU PINANG
PSC4903
PERAK
APH6581
PAHANG
CFG5949
KEDAH
KGG2081
NEGERI SEMBILAN
NEK4832
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8364N
Terakhir Kemas Kini 26 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV
Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.
22-05-2026
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green
Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green – 8,000 Unit Sudah Terjual.
30-04-2026
Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih
Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.
11-03-2026
Proton e.MAS 5 Atau Perodua Myvi: Jangan Pening Pilih Kereta, Ini Kira-Kira Padu Untuk Kos 5 Tahun
Jangan Pening Pilih Kereta! Myvi vs Proton e.MAS 5: Mana Satu Yang Tak 'Makan' Gaji Anda Selepas 5 Tahun?
08-03-2026
Hantar 5,000 Unit Dalam 60 Hari! Proton e.MAS 5 Kini Tapau Pasaran EV Sebab Paling Murah Di Malaysia
Proton e.MAS kekal sebagai jenama EV No.1 di Malaysia memandangkan Proton e.MAS 5 mencatatkan rekod lebih 5,000 penghantaran dalam tempoh hanya dua bulan selepas pelancarannya.
04-03-2026
Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari
Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) nasional, Proton e.MAS, memulakan kalendar 2026 dengan langkah kanan apabila mencatatkan angka penyerahan kenderaan yang cukup luar biasa bagi bulan Januari.
02-02-2026
Berita Terkini
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi
Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!
26-05-2026
Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko
2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.
26-05-2026
Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan
Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.
26-05-2026
Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari
Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.
26-05-2026
Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang
Aliran Trafik KLK, LPT1 Melonjak Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha.
26-05-2026
Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei
Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.
26-05-2026
PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka
Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.
25-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat