EV Perodua Sah Dilancarkan Disember Nanti – Lebih 400 KM, Bawah RM80K
![]()
Perodua bakal melancarkan EV pertamanya pada bulan Disember ini.
Perodua akhirnya mengesahkan bahawa kenderaan elektrik (EV) pertamanya bakal dilancarkan pada Disember ini. Pengumuman dibuat semasa pelancaran aplikasi baharu mereka, P-Circle, yang turut mendedahkan beberapa perkembangan terkini mengenai EV misteri tersebut.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, mengesahkan bahawa pengeluaran rintis EV ini sudah pun dimulakan di kilang Perodua di Rawang.


Proses penilaian dan kelulusan jenis kenderaan (homologasi) juga telah selesai tepat pada masanya untuk pelancaran tahun ini. Dengan bermulanya pengeluaran rintis ini, Perodua menaikkan sasaran jualan bulanan kepada 2,500 unit, jauh lebih tinggi berbanding jualan EV terbaik kini seperti Proton e.MAS 7 yang hanya sekitar 700 unit sebulan.
Pembangunan EV Tempatan


Berbeza dengan Proton yang bekerjasama dengan rakan kongsi, Geely, Perodua membangunkan EV ini sepenuhnya melalui kerjasama pasukan tempatan. Tidak hairanlah mengapa model ini mengambil masa agak lama berbanding pesaingnya, namun secara serentak membolehkan pembinaan ekosistem alat ganti tempatan yang dirancang mencapai 50% dalam EV Perodua menjelang pertengahan 2026.
Bagaimanapun, komponen utama seperti motor pacuan dan bateri masih dibekalkan oleh CATL, syarikat pengeluar bateri terkemuka dunia yang terletak di China.
Bakal Dipamerkan Di Pusat Pengedaran Sedia Ada, Harga Bawah RM80,000


Olahan grafik crossover elektrik Perodua QV-E oleh artis render automotif terkenal, Theottle.
Model EV Perodua akan dijual bersama model enjin pembakaran dalaman (ICE) lain di rangkaian pengedaran sedia ada tanpa perlu membuka jenama atau pusat jualan baharu. Tenaga jualan dan servis juga akan dilatih untuk menyokong EV yang bakal dilancarkan ini.
Harga yang diumumkan kekal pada maksimum RM80,000, menjadikannya pesaing rapat kepada Proton e.MAS 5 yang dianggarkan dijual pada harga antara RM60,000 hingga RM80,000.

Walaupun harga hampir sama, EV Perodua adalah sebuah model crossover SUV segmen B yang lebih besar dan sporty, manakala e.MAS 5 merupakan hatchback yang lebih kecil. Dari segi prestasi, Perodua EV menawarkan jarak pemanduan WLTP lebih 400 km, pecutan 0-100 km/j dalam masa kurang tujuh saat dan kelajuan maksimum 165 km/j. Sebaliknya, e.MAS 5 mencapai jarak 325 km dengan kelajuan maksimum 135 km/j.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB5384
SELANGOR
BSV4533
JOHOR
JJ4782J
PULAU PINANG
PSH7401
PERAK
APN3926
PAHANG
CFJ5247
KEDAH
KGK1077
NEGERI SEMBILAN
NEM7552
KOTA KINABALU
SJV4454
KUCHING
QAB1627Q
Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Selangor Juara Keseluruhan Badminton KPM-Perodua
Selangor Juara Keseluruhan BTDP, Lahir Bakat Muda Badminton Negara.
13-11-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan
Perodua menerajui carta jualan September 2026.
15-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Berita Terkini
Cukai Jalan EV 85% Lebih Murah Berbanding Kereta Petrol
Cukai Jalan EV 85% Lebih Rendah Berbanding ICE.
26-11-2026
We Never Anti EV - Menteri MITI
Datuk Johari menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah anti-EV.
26-11-2026
Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu
Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.
20-11-2026
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit
BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.
19-11-2026
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja
Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.
19-11-2026
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?
Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?
17-11-2026
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge