ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

GAC M8 PHEV Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Capai 1,038 KM, Dari RM328,800

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-2.jpg


Segmen MPV mewah di Malaysia kini semakin meriah dengan ketibaan rasmi GAC M8 PHEV. WTC Automotif Sdn Bhd (WTCA), pengeluar dan pengedar rasmi jenama GAC Motor (GAC Malaysia), telah mendedahkan harga MPV hibrid plug-in (PHEV) baharu ini secara dalam talian.


Pendedahan Harga Rasmi: Lebih Rendah Daripada Jangkaan


Didedahkan melalui Facebook rasminya, GAC M8 PHEV ditawarkan dalam dua varian, dengan harga yang lebih rendah daripada anggaran awal yang mana varian Premium ditawarkan pada RM328,800 dan Luxury pada RM388,800, atas jalan, tidak termasuk insurans. 


WTCA turut mendedahkan pakej waranti yang menarik iaitu jaminan standard  selama 5 tahun atau 150,000 km serta jaminan bateri PHEV selama 8 tahun atau 150,000 km. 


Lebih Besar Daripada Vellfire


web_CariCarz_KS_WhatsApp_MAS2025_GAC-M8_-12.jpgweb_CariCarz_KS_WhatsApp_MAS2025_GAC-M8_-1.jpgweb_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-7.jpg


Kenderaan mewah elektrik yang pertama kali dipertontonkan di KLIMS 2024 dan MAS 2025 ini muncul sebagai pesaing kepada GWM Wey G9 dalam segmen MPV premium yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.


Dengan panjang 5,212 mm dan jarak roda 3,070 mm, model ini lebih besar berbanding MPV mewah popular lain di Malaysia, Toyota Vellfire dan Alphard, hampir menyamai MPV elektrik mewah lain seperti Denza D9 dan Zeekr 009.


web_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-3.jpgweb_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-11.jpgweb_CariCarz_KS_WhatsApp_MAS2025_GAC-M8_-10.jpg


Dari segi rekaan, kedua-dua varian berkongsi rim 18 inci, lampu hadapan dan belakang LED penuh, cermin privasi dengan kaca penebat akustik untuk barisan kedua dan ketiga, dwi-bumbung suria (berlampu untuk varian Luxury) dan bukaan pintu but automatik.


Kabin Kelas Pertama


web_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-13.jpgweb_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-12.jpgweb_CariCarz_KS_WhatsApp_MAS2025_GAC-M8_-6.jpgweb_CariCarz_KS_WhatsApp_MAS2025_GAC-M8_-5.jpg


Di dalam ruang kabinnya, M8 PHEV menawarkan tiga barisan tempat duduk untuk keselesaan tujuh penumpang. Barisan kedua dilengkapi dengan sepasang 'Captain Seats' yang boleh dilaraskan secara automatik, lengkap dengan ciri ottoman, urutan, memori dan fungsi pengudaraan, serta skrin digital 5 inci.


Tempat duduk barisan kedua dan ketiga turut diberikan skrin infotainmen besar bersaiz 15.6 inci yang dipasang pada siling. Tempat duduk barisan hadapan dilengkapi fungsi pelarasan automatik dan pengudaraan.


web_CariCarz_KS_WhatsApp_MAS2025_GAC-M8_-5.jpg


Ciri menarik lain termasuk kokpit digital yang merangkumi panel instrumen digital 12.3 inci dan skrin tengah kawalan sentuhan 12.1-inci, menyokong Apple CarPlay & Android Auto. Model ini dilengkapi sistem audio premium, Yamaha, dengan 8 speaker. 


Kelengkapan lain adalah termasuk kawalan iklim automatik tiga zon, pad pengecas tanpa wayar 50 watt dan lampu ambien (eksklusif pada model Luxury).


Kuasa Hibrid Dinamik & Jarak Perjalanan Luar Biasa


web_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-6.jpgweb_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-9.jpgweb_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-5.jpgweb_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-10.jpg


Di sebalik kemewahan rekaannya, GAC M8 PHEV dipacu oleh sistem PHEV yang cekap dan berkuasa dengan gabungan sistem enjin petrol 2.0 liter 4 silinder pengecas turbo, motor elektrik dan pek bateri 25.57 kWj. Gandingan sistem ini memberikan output keseluruhan 373 PS dan tork 630 Nm.Kuasa ini disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui sistem transmisi automatik DHT 2 kelajuan.


Sistem hibrid dinamik ini membolehkan M8 membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 8.8 saat serta mencapai jarak perjalanan elektrik sepenuhnya sehingga 120 km atau gabungan petrol-elektrik sehingga 1,038 km. Menurut GAC, kadar penggunaan bahan apinya hanyalah serendah 1.1 liter/100 km (NEDC).


MPV ini menyokong pengecasan pantas DC 40 kW, membolehkan bateri dicas dari 10% ke 80% dalam masa hanya 30 minit. Pengecasan AC 6.6 kW pula mengambil masa 3.5 jam untuk penuh (0-100%). Menariknya, ia turut mempunyai fungsi vehicle-to-load (V2L) untuk peralatan elektrik lain sehingga 3.3 kW. 


Keselesaan Diutamakan: Sistem Suspensi Pintar


web_CariCarz_KS_WhatsApp_MAS2025_GAC-M8_-12.jpg


GAC M8 PHEV menggunakan sistem suspensi MacPherson Struts di hadapan dan multi-link di belakang. Selain itu, ia turut dilengkapi sistem Adaptive Vehicle Dynamic Control (AVDC) GAC (turut digunakan pada SUV C Emkoo). 


Walau bagaimanapun, varian Luxury menjanjikan keselesaan lebih tinggi dengan penambahan sistem kawalan peredam yang lebih canggih. 


Ciri Keselamatan Canggih


Dari segi keselamatan, kedua-dua varian dilengkapi pakej bantuan pemandu canggih (ADAS) yang menawarkan tahap pemanduan separa autonomi tinggi, selain daripada 7 beg udara, ABS, bantuan pegun bukit, kamera parkir 360 darjah dan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).


Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Crystal White dan Elegant Black, yang dipadankan dengan motif dalaman dua tona hitam-merah.


Dengan harga yang kompetitif dan ciri mewah yang ditawarkan ini, adakah GAC M8 PHEV mampu menggugat dominasi MPV Jepun di Malaysia?

web_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-1.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

27-10-2025
Kereta Baru

10-05-2025
Kereta Baru
Berita Auto
Berita Auto

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.