Jaecoo J7 AWD Kini Dengan Pemijak Kaki 'Menyala' & Kotak Simpanan Ranggi Di Sisi

Omoda | Jaecoo Malaysia di bawah naungan Chery Auto Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan sesuatu yang istimewa bagi varian Jaecoo J7 AWD, melalui media sosial rasmi. Jenama automotif itu menawarkan dua aksesori rasmi tambahan bagi setiap pembelian model tersebut pada harga hanya RM5,000 (harga asal: RM7,500).
Naik Taraf Eksklusif J7 AWD
Menurut perkongsian di laman Facebook rasmi Jaecoo, pembeli J7 AWD akan menerima dua aksesori premium, sekali gus meningkatkan aura lasak kenderaan ini.
Aksesori tambahan yang dimaksudkan adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
- Pemijak Sisi Automatik: Selain memudahkan pengguna untuk keluar dan masuk kenderaan, pemijak sisi yang boleh terbuka dan tertutup secara automatik ini juga membuatkan jentera kelihatan lebih mewah kerana diserikan dengan lampu.
- Kotak Peralatan Sisi (Side Toolkit Box): Kotak simpanan peralatan ini dipasang pada tingkap belakang sebelah penumpang, di antara tiang C dan tiang D. Aksesori ini sangat praktikal untuk pengguna yang suka membuat aktiviti luar atau ingin menyimpan peralatan kecemasan dengan kemas.

Kehadiran aksesori tambahan yang sudah mula ditawarkan sejak September ini meningkatkan lagi daya tarikan J7 AWD dalam segmen SUV premium.
Jaecoo J7 Di Malaysia

Jaecoo J7 mula diperkenalkan di pasaran tempatan pada Julai tahun lalu dan telah dipasang secara tempatan (CKD) di kilang milik syarikat induknya, Chery, di Shah Alam. Unit yang dikeluarkan di Malaysia turut dieksport ke pasaran jiran.
Di Malaysia, SUV ini ditawarkan dalam tiga pilihan iaitu:
- Varian Pacuan Dua Roda (2WD)
- Varian Pacuan Semua Roda (AWD)
- Varian Hibrid Plug-in (PHEV) yang dilancarkan pada Februari tahun ini.
Varian 2WD dan AWD dikuasakan oleh enjin petrol 1.6 liter 4 silinder pengecas turbo yang dipadankan dengan sistem transmisi automatik DCT 7 kelajuan. Varian J7 AWD terkenal dengan sistem pacuan yang lebih mantap, lengkap dengan tujuh mod pemanduan dan laluan.
Sementara itu, varian J7 PHEV pula dikuasakan oleh gabungan enjin petrol 1.5 liter turbo dengan motor elektrik dan pek bateri 18.3 kWj. Gandingan ini, bersama kotak gear automatik DHT, membolehkan ia mencapai jarak gabungan petrol-elektrik yang menakjubkan, lebih daripada 1,300 km, menyerlahkan tahap kecekapan tenaga yang lebih tinggi.
Baca: Jaecoo J7 PHEV – Lebih 800 Pendaftaran Dicatatkan Dalam Empat Bulan
Harga Kekal, ‘Nilai’ Bertambah

Dengan penambahan aksesori mewah ini, pembeli varian J7 AWD dapat memiliki jentera yang lebih ranggi pada harga RM153,800, hanya RM5,000 lebih tinggi berbanding harga asal tanpa aksesori ini, RM148,800.
Untuk makluman pembaca, model asas J7 2WD dijual pada RM138,800, manakala varian J7 PHEV pula ditawarkan pada harga RM158,800.
Pada pendapat anda, berbaloikah membayar lebih untuk kedua-dua aksesori baharu ini?
Baca: Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge