JMS 2025: Racco, Kei Car Pertama BYD

BYD telah melancarkan model kei car pertamanya, BYD Racco, sekali gus mencabar pengeluar kereta kei car dari Jepun.
Buat masa ini, tiada cara yang lebih berani untuk memperkenalkan model EV baharu ini selain mendedahkannya di pameran Japan Mobility Show (JMS) 2025 yang sedang berlangsung di Jepun.


Berdasarkan imej awal yang dikongsikan oleh Headlightmag.com, kita dapat melihat bahawa Racco menampilkan elemen reka bentuk klasik kei car.
Antaranya, hud hadapan yang pendek, overhang depan yang agak ringkas, cermin hadapan tegak, serta reka bentuk belakang menegak yang menyerlahkan lagi gaya kotak tipikal kei car Jepun.
Selain itu, ia hadir dengan lampu LED berbentuk C di bahagian hadapan dan belakang, rekaan gril depan agak minimalis dengan logo BYD di tengah,ada pintu gelangsar di sisi, serta rim aloi pelbagai jejari bersaiz 15 inci lengkap dengan cakera brek pada keempat-empat roda.


Walaupun saiz sebenar Racco belum disahkan, namun rekaannya mematuhi piawaian kei car Jepun, iaitu panjang maksimum 3,400 mm, lebar 1,480 mm, dan tinggi sehingga 2,000 mm.
Dari segi trenkuasa, menurut laporan CarNewsChina, BYD Racco akan menggunakan sistem pacuan elektrik sepenuhnya yang dikuasakan oleh pek bateri kecil 20 kWh, dimana ia memberikan jarak pemanduan sekitar 180 km (kitaran WLTC).
Apa yang menarik model ini juga menyokong pengecasan pantas DC sehingga 100 kW, bermakna bateri kecilnya boleh dicas penuh dalam masa yang singkat.

BYD Racco dijadualkan memasuki pasaran Jepun pada penghujung tahun 2026, dengan harga anggaran 2.6 juta yen (sekitar RM71,695).
Ini menjadikannya setanding dengan kei car elektrik Jepun lain seperti Honda N-One e: dan Nissan Sakura.
Buat masa ini, tiada maklumat sama ada Racco akan dijual di luar Jepun kerana kebanyakan kei car kekal eksklusif untuk pasaran domestik Jepun (JDM) sahaja.

Sebelum ini, BYD sudah pun menjual beberapa model EV globalnya di Jepun, termasuk Atto 3, Dolphin, Seal, dan Sealion 7 — namun Racco menandakan langkah pertama syarikat itu menyertai segmen kei car yang sangat dominan di Jepun.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge