Kecurian Kabel ECRL, Mungkin Angkara Orang Dalam, - Polis

Kecurian kabel projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang semakin menjadi-jadi, berkemungkinan besar membabitkan orang dalam!
Itu kata Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman. Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan wujud pembabitan 'orang dalam' kes kecurian kabel dan komponen yang menjejaskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Buat masa ini, siasatan sedang dijalankan dari semua sudut memandangkan kegiatan curi itu masih berterusan meskipun beberapa tangkapan sudah dibuat.
"Siasatan sedang dijalankan dari pelbagai aspek, termasuk kemungkinan terdapat 'orang dalam' yang memberikan maklumat atau bekerjasama dengan pencuri. Pasukan petugas khas sudah ditubuhkan sebelum ini untuk menangani kejadian kecurian di tapak jajaran ECRL.
"Setakat ini, kira-kira 10 individu ditangkap dan didakwa. Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada kes terbaru mempunyai kaitan dengan suspek yang ditahan sebelum ini," katanya.
Pada 14 Oktober lalu, syarikat China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) memaklumkan pencuri menyerang 24 tapak projek ECRL di Pahang dari Jun hingga 10 Oktober yang menyebabkan kerugian mencecah jutaan ringgit.
Susulan itu, pasukan petugas khas Polis Pahang ditubuhkan selepas Malaysia Rail Link (MRL) menyuarakan kebimbangan terhadap insiden kecurian kabel yang berulang sepanjang laluan ECRL merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
Projek mega rel sepanjang 665 kilometer itu yang melalui Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan di Pahang, dijadualkan mula beroperasi pada Januari 2027.

Bulan lalu, CCC-ECRL melaporkan 1,080 meter kabel tembaga hilang dicuri sebelum polis menahan 10 suspek, termasuk seorang warga asing dalam beberapa serbuan berasingan di Temerloh dan Bentong, dengan jumlah kerugian melebihi RM800,000.
Yahaya berkata, polis sentiasa bekerjasama rapat dengan CCC-ECRL untuk mengenal pasti dan menangkap dalang kecurian kabel berkenaan serta menamatkan kegiatan mereka.
"Pasukan petugas khas Polis Pahang mencadangkan beberapa langkah keselamatan termasuk pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi tertentu sepanjang jajaran rel.
"Pada mesyuarat bersama, kami membincangkan langkah memperkukuhkan keselamatan tapak dan akan meneruskan kerjasama rapat sehingga projek ini siap sepenuhnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6614
SELANGOR
BST4184
JOHOR
JD5281J
PULAU PINANG
PSF2897
PERAK
APL2154
PAHANG
CFH6110
KEDAH
KGH8424
NEGERI SEMBILAN
NEL6731
KOTA KINABALU
SJT8709
KUCHING
QAB5064P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kadar Tambang ECRL Tular Cuma Spekulasi, Harga Rasmi Belum Diumum – MRL
Jangan Percaya 'Kadar Tambang ECRL' Tular, MRL Sahkan Belum Ada Keputusan Rasmi.
16-06-2026
Pembangunan ECRL Semakin Rancak, Golden Tren Emu, E-Loco Sudah Tiba
Pembangunan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) memasuki fasa baharu menerusi Majlis Peluncuran Khas Ketibaan Golden Tren Electric Multiple Unit (EMU) dan Electric Locomotive (E-Loco) di Stesen ECRL KotaSAS, Kuantan, Pahang, pagi tadi.
11-02-2026
Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu
Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
13-11-2025
Paip Gas Bocor: Tapak ECRL Terpaksa Ditutup
Polis menutup laluan utama Kerteh-Ranggon kepada semua kenderaan susulan kebocoran paip gas Petronas Berhad (PGB) di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 5, Kerteh.
22-09-2025
Projek ECRL Ke Rantau Panjang, Perlu Ada Kajian
Perbincangan mengenai cadangan sambungan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Rantau Panjang, Kelantan akan dibawa ke kabinet dalam tempoh terdekat ini.
20-08-2025
SAH! Fasa 1 ECRL Siap Tepat Disember 2026
Jajaran ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak akan disiapkan menjelang Disember 2026.
07-08-2025
Projek ECRL: Terowong Genting 16.39km Diiktiraf Sebagai Terowong Rel Terpanjang di Asia Tenggara
Terowong Genting adalah terowong rel terpanjang di Asia Tenggara.
14-07-2025
Kecurian Kabel ECRL: Polis Terima 22 Laporan
Polis menerima 22 laporan berkaitan kecurian termasuk kabel membabitkan kerugian RM300,000 di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu .
25-06-2025
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
