ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Kia Carnival Facelift Dilancar Di Thailand, Rupanya Unit CBU Dari Malaysia!

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Kia Carnival generasi keempat versi facelift sudah pun dilancarkan di Thailand, baru-baru ini.

Berbeza dengan model Indonesia, pasaran Thailand hanya akan menerima Carnival facelift dalam bentuk hibrid (HEV) dengan dua varian iaitu  Premium 7-tempat duduk dan Luxury 7-tempat duduk.

Apa yang cukup menarik ialah  menurut portal automotif tempatan Headlightmag, Carnival HEV spesifikasi Thailand sebenarnya unit  CBU dari Malaysia.

Varian Premium dijual pada harga  2.499 juta bhat (RM324,500) manakala satu lagi, varian Luxury pula berharga 2.699 juta bhat  (RM350,470) .

image.png

Untuk makluman, sistem HEV bagi Carnival facelift ini disumbat dengan enjin petrol 1.6 liter 4-silinder turbo yang digabungkan dengan satu motor elektrik yang memacu roda hadapan, serta disokong  oleh transmisi automatik enam kelajuan.

Untuk itu, sistem HEV baharu ini mampu menghasilkan kuasa setakat 242 hp dan 367 Nm untuk Carnival Hybrid, menjadikannya sedikit lebih berkuasa berbanding varian lain, walaupun versi hibrid ini masih belum mampu menandingi tork tinggi model diesel.

Sebagai perbandingan, Carnival spesifikasi Indonesia menggunakan enjin diesel 2.2D SmartStream yang menghasilkan 191 hp dan 441 Nm.

image.pngimage.png

Dari segi reka bentuk, Carnival facelift spesifikasi Thailand mengikuti perubahan yang sama seperti versi Indonesia, dimana ia hadir dengan   lampu utama LED baharu serta lampu siang Star Map DRL yang diinspirasikan daripada SUV elektrik unggul Kia, iaitu Kia EV9.

image.pngimage.png

Jentera ini menggunakan rim aloi 19 inci, lampu belakang LED berbentuk L jenis terbalik, kedudukan plat nombor yang lebih rendah, dan pelbagai ciri lain.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya, kedua-dua varian Carnival facelift mengekalkan susun atur tiga baris tempat duduk dengan konfigurasi tujuh tempat duduk, termasuk dua tempat duduk gaya kapten di baris kedua.

Varian tertinggi turut menampilkan skrin ran berkembar bersaiz 12.3 inci, paparan unjuran (HUD), cermin pandang belakang digital, tempat duduk baris kedua premium dengan fungsi ventilasi dan sokongan ottoman, bumbung suria panoramik berkembar, serta sistem audio Bose 12 pembesar suara.

image.pngimage.png

Antara kelengkapan lain yang disertakan untuk kedua-dua varian termasuk tempat duduk hadapan laras kuasa lapan arah, pintu gelangsar berkuasa, kawalan suhu tiga zon dengan panel kawalan khas di belakang, pengecas tanpa wayar Qi, sistem kamera 360 darjah, dan banyak lagi.

image.pngimage.png

Dengan pengeluaran Carnival facelift yang dilaporkan telah bermula di Malaysia, dijangka MPV separa elektrik ini akan dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan tidak lama lagi.

Jualan Carnival versi diesel sedia ada telah merosot sejak pelaksanaan subsidi bahan api diesel yang diselaraskan, maka terdapat kemungkinan bahawa hanya varian HEV akan ditawarkan untuk model facelift ini.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

15-01-2026
Kereta Baru

02-01-2026
Berita Auto

11-12-2025
Global

06-10-2025
Global

17-09-2025
Berita Auto
Global

18-07-2024
Berita Auto

24-06-2024

Berita Terkini

Global
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global
EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.