Penumpang Cuba Buka Pintu Aerotrain Secara Manual, Antara Punca Gangguan
-full_normal.jpg)
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah memaklumkan bahawa sistem Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah mengalami gangguan sebanyak 19 kali dari 2 Julai hingga 30 September lalu.
Antara punca utama masalah termasuk isu teknikal pada sistem semboyan serta kegagalan yang disebabkan oleh tindakan penumpang seperti cuba membuka pintu tren secara manual.
Baca: Gangguan Aerotrain KLIA Hanya Isu Teknikal Kecil Ditangani Dalam 15 Minit

Beliau turut memaklumkan bahawa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sentiasa bekerjasama dengan pihak pengeluar asal peralatan, iaitu Alstom, untuk memastikan tindakan pembaikan dapat dijalankan dengan segera demi kelancaran operasi. Pegawai teknikal turut ditempatkan dalam tren bagi memastikan sebarang gangguan dapat diatasi dengan pantas.
Hasbi menambah, penalti maksimum sehingga RM190,000 sebulan boleh dikenakan kepada pengeluar jika kadar ketersediaan sistem tidak mencapai tahap piawaian yang telah ditetapkan.
“Pihak pengeluar perlu memastikan ketersediaan tren pada tahap 100 peratus untuk satu tren beroperasi, dan 99.6 peratus untuk dua tren beroperasi, jadi toleransinya sangat ketat,” tegasnya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
“Pada masa sama, prestasi operasi tren kini berada pada tahap 100 peratus dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan terus bekerjasama untuk memastikan operasi kekal berada pada tahap maksimum,” jelasnya lagi.

Menurutnya, projek Aerotrain yang siap sepenuhnya pada 30 Jun lalu kini berada dalam tempoh liabiliti kecacatan (DLP) selama dua tahun, di mana penambahbaikan dan penyesuaian awal sedang dijalankan untuk mencapai tahap operasi yang stabil dan berterusan.
Sehingga 8 Oktober lepas, Aerotrain tersebut telah menggerakkan seramai 5.33 juta penumpang dan mencatatkan perjalanan lebih daripada 39,942 kilometer.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge