- Berita
- Berita Auto
- Proton Anjur Penang PROTON One Tank Challenge, Peserta Buktikan Proton S70 Jimat Minyak
Proton Anjur Penang PROTON One Tank Challenge, Peserta Buktikan Proton S70 Jimat Minyak

Dengan satu tangki penuh berkapasiti 50 liter, seorang pemilik Proton S70, Abu Bakar Mohd Yusoff dinobatkan sebagai juara acara Penang PROTON One Tank Challenge selepas membuktikan Proton S70 menawarkan penggunaan bahan api terendah ketika menyertai acara itu di Seberang Perai, baru-baru ini.
Abu Bakar membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 selepas mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 3.48L/100km, bersamaan dengan purata 31.61km/L, yang memberikan jarak pemanduan maksimum secara teori sejauh 1,580km.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Muhammad Syamim Omar Farook, yang menerima RM800 selepas mencatat 3.98L/100km, manakala Mohd Aliff Bin Sani memperoleh RM600 dengan kadar penggunaan bahan api 4.40L/100km.
Bertemakan “Pandulah dengan Cekap. Hidup Secara Aktif. Raikan Malaysia”, acara One Tank Challenge ini sejajar dengan objektif Hari Sukan Negara yang memupuk gaya hidup sihat dan aktif.
Seramai 33 orang pemilik Proton S70 mengambil bahagian untuk menguji kemahiran pemanduan berhemah sambil menikmati pengalaman pemanduan yang mengujakan ditawarkan oleh kenderaan mereka.
Terdahulu, para peserta menempuh laluan sejauh 110km yang merangkumi jalan di pulau, tanah besar serta kedua-dua jambatan yang menghubungkan Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Zhang Qiang berkata, PROTON S70 dibangunkan untuk memenuhi kehendak pemandu yang mahukan keseimbangan antara prestasi dan keselesaan, disertai rekaan menarik serta, yang paling penting, kecekapan bahan api yang cemerlang.
"Acara seperti Penang PROTON One Tank Challenge ini merupakan platform terbaik untuk menonjolkan keunikan model ini serta mengingatkan pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan tentang sebab Proton S70 kekal sebagai peneraju jualan nasional bagi segmen sedan C,” katanya.
Dengan harga permulaan hanya RM73,800, Proton S70 menawarkan nilai terbaik dalam kelasnya, dilengkapi enjin 1.5L pengecas turbo berkuasa 150 PS dan tork 226 Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan (7DCT) untuk pemanduan yang responsif .
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5207
SELANGOR
BST3938
JOHOR
JD4737J
PULAU PINANG
PSF2572
PERAK
APL1882
PAHANG
CFH5991
KEDAH
KGH8048
NEGERI SEMBILAN
NEL6518
KOTA KINABALU
SJT8553
KUCHING
QAB4992P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Suku Kedua Bermula Garang! Proton Dominasi Jalan Raya.
07-05-2026
Proton S70 2026 Raih 7,157 Tempahan
Permintaan terhadap Proton S70 terus menunjukkan momentum kukuh apabila 7,157 tempahan awal diterima sejak tempahan bagi model Proton S70 2026 dibuka pada 11 Februari lalu.
13-03-2026
Proton Laku Keras! Dalam 2 Bulan, 33,399 Unit Terjual, Pesaing Lain Mula Terasa Bahang
Nampaknya 2026 bakal menjadi tahun keramat buat PROTON selepas memecahkan rekod jualan 15 tahun pada Januari lalu dan terbaharu sebanyak 13,566 unit terjual pada Februari sahaja!
04-03-2026
Tempahan Proton S70 2026 Dibuka Esok
Tempahan PROTON S70 2026 akan dibuka bermula esok memandangkan model ini sudah pun berada di bilik pameran sah 3S/4S Proton di seluruh negara.
06-02-2026
Ini 'Wajah Baharu' Proton S70, Muncul Januari 2026 Nanti?
Satu perkongsian di Facebook ‘Proton S70 Malaysia’ baru-baru ini telah mendedahkan rupa sebenar bagi model yang bakal dikenali sebagai Proton S70 facelift 2026 atau S70 MC1 (Minor Change).
16-12-2025
Jualan Proton Melonjak Semula, 13,518 Unit Terjual Bulan Lepas
Proton merekodkan jualan sebanyak 13,518 unit pada bulan lepas.
12-08-2025
Berita Terkini
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat