Skuter Elektrik SoloEra Solo 2 Kini Di Pasaran – 140 KM, Dari RM5,599*
![]()
Blueshark Malaysia memperbanyakkan lagi barisan motosikal elektriknya dengan pelancaran model terbaru, SoloEra Solo 2. Ini merupakan model kedua dari siri SoloEra yang diperkenalkan di pasaran tempatan, ditawarkan pada harga istimewa RM5,599 untuk 50 pelanggan pertama yang membuat pra-tempahan, lengkap dengan hadiah topi keledar Blueshark percuma.
Harga Jualan & Promosi SoloEra Solo 2
Selepas tempoh promosi yang ditawarkan ini, harga SoloEra Solo 2 akan dinaikkan kepada RM6,399. Perlu diingatkan bahawa harga yang disebut tidak termasuk rebat MARiiCas sebanyak RM2,400, yang mana menurut Blueshark Malaysia, program tersebut kini ditangguhkan buat sementara waktu.
Sebagai nilai tambah, Blueshark turut menawarkan model Solo 2 dengan Battery-as-a-Service (BaaS), di mana pelanggan boleh menyewa bateri dengan bayaran bulanan RM99 untuk tempoh lima tahun, serta pakej sambungan (connectivity pack) berharga RM10 sebulan.
Spesifikasi SoloEra Solo 2


Dari segi prestasi, SoloEra Solo 2 dipacu oleh sebuah motor elektrik tunggal yang mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 95 km/j dan pecutan dari 0 ke 50 km/j dalam masa 7.2 saat. Tenaga disalurkan oleh dua pek bateri jenis LFP dengan kapasiti keseluruhan 4,000 W, memberi jarak perjalanan sehingga 140 km berdasarkan piawaian NEDC.
Motosikal ini menggunakan sistem brek hidraulik berganda dengan CBS (combined braking system), termasuk kaliper hadapan 25 mm dan kaliper belakang yang lebih besar berukuran 27 mm. Berat motosikal yang lengkap dengan dua bateri adalah 132 kg, dan mampu menampung beban sehingga 270 kg, menjadikannya pilihan sesuai untuk pekerja e-hailing dan gig.
Rekabentuk SoloEra Solo 2


Dari segi ukuran, Solo 2 setanding dengan skuter elektrik lain, dengan ketinggian tempat duduk hanya 760 mm dan jarak ke tanah 160 mm. Motosikal ini menggunakan rim hadapan bersaiz 16 inci dengan tayar 100/80/16, manakala rim belakang pula berukuran 14 inci dengan tayar lebih lebar 110/80/14. Tiga warna ditawarkan untuk model ini iaitu Stardust Blue, Eclipse Gold dan Orion Grey.
Ciri Pintar & Keselamatan SoloEra Solo 2




Walaupun ditawarkan pada harga mampu milik, SoloEra Solo 2 tidak ketinggalan dengan pelbagai kelengkapan moden. Ia dilengkapi dengan meter LCD bersaiz 7 inci yang boleh disambungkan secara tanpa wayar dengan aplikasi telefon pintar untuk memantau status kenderaan dan telematik. Antara ciri lain adalah kunci pintar Bluetooth dengan kawalan jarak jauh, sistem anti-kecurian terbina dalam (built-in), fungsi "Find My Vehicle” dan banyak lagi.

Seperti model motosikal elektrik lain keluaran Blueshark Malaysia, SoloEra Solo 2 juga dipasang secara tempatan (CKD) di kilang EP Manufacturing Berhad (EPMB) di Glenmarie, Shah Alam, sama seperti adik lelakinya, SoloEra Solo 1C.


Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Petronas & Blueshark Jalin Kerjasama – Tukar Bateri E-Motosikal Di Stesen Terpilih
Petronas Dagangan Berhad (PDB) dan Blueshark Ecosystem Sdn. Bhd. kini berganding tenaga secara rasmi melalui penubuhan syarikat usaha sama baharu, Blueshark Malaysia Sdn. Bhd.
14-05-2025
Skuter Elektrik Blueshark Kini Ada Lebih 50 Cawangan Di Seluruh Malaysia, Boleh "Ride4Free" Sekarang!
Pembekal skuter elektrik pintar, Blueshark, telah memperluaskan rangkaiannya di seluruh Malaysia.
16-05-2024
Revolusi Mobiliti Urban Hijau Malaysia Bermula! Blueshark Meterai Perjanjian Kerjasama Pelbagai Hala
Blueshark dan EP Manufacturing Bhd (EPMB) telah mengumumkan usaha sama pelbagai hala yang dimeterai dengan beberapa pemain industri tempatan.
12-10-2022
Pemasangan CKD Skuter EV Blueshark Diluluskan MITI
EP Manufacturing Bhd (EPMB) telah menerima lampu hijau daripada MITI untuk melakukan pemasangan tempatan (CKD) motosikal elektrik.
04-10-2022
Petronas & Blueshark Jalin Kerjasama – Tukar Bateri E-Motosikal Di Stesen Terpilih
Petronas Dagangan Berhad (PDB) dan Blueshark Ecosystem Sdn. Bhd. kini berganding tenaga secara rasmi melalui penubuhan syarikat usaha sama baharu, Blueshark Malaysia Sdn. Bhd.
14-05-2025
MAS 2025: Jenama EV Terbaru, SoloEra, Pamer Tiga Motosikal - Bateri Boleh Tukar
MAS 2025 bukan sahaja dimeriahkan dengan himpunan pelbagai model empat roda baharu, tetapi turut menyaksikan kehadiran lebih sedozen jenama motosikal.
10-05-2025
Skuter Elektrik Zeeho AE8 S+ Sarat Teknologi Kini Menarik Kini Di Pasaran – Dari RM18,888
Pengedar dan pengimport motosikal, MForce Bike Holding Sdn Bhd (MForce), mengakhiri tahun 2024 dengan pelancaran skuter elektrik premium terbaru edarannya, Zeeho AE8 S+.
01-01-2025
Skuter Retro Unik BMW CE 02 X Vagabund Didedahkan – Ada Speaker Mudah Alih
BMW Motorrad baru-baru ini telah mendedahkan versi unik skuter elektrik, BMW CE 02 .
05-08-2024
Berita Terkini
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat