Alfa Romeo Malaysia Kembali Gegarkan Pasaran, ROI Giulia & Stelvio Dibuka

Selepas sekian lama menyepi, jenama legenda dari Milan, Alfa Romeo, akhirnya kembali ke pasaran Malaysia setelah sebuah laman web yang tertulis 'Alfa Romeo Malaysia' serta akaun media sosial termasuk Facebook, Instagram, YouTube dan LinkedIn rasminya muncul di dunia maya.
Syarikat induknya, Stellantis Malaysia, pernah mengumumkan kemunculan semula jenama Itali ini melalui pihak ketiga, setelah bertahun berlalu sejak Alfa Romeo diuruskan oleh Sime Darby Auto Connexion (SDAC) sehingga Disember 2013.
Pendaftaran Minat (ROI) Dua Model Ikonik Kini Dibuka

Apa yang mengujakan, jenama ini ‘tak buangb masa’ kerana pendaftaran minat (ROI) secara dalam talian untuk dua model ikonik iaitu sedan sport Giulia dan SUV crossover, Stelvio, kini telah dibuka.
Kedua-dua model yang sebelum ini dijangka akan dihentikan pengeluarannya, nampaknya kini masih ‘selamat’ dengan hayat pengeluaran yang telah dilanjutkan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2027.
Versi Sporty Yang Beri Ancaman Kepada Mercedes-Benz & BMW?



Alfa Romeo Malaysia dijangka akan memperkenalkan pesaing kepada BMW 3 Series dan Mercedes-Benz C-Class iaitu Giulia, serta BMW X3 dan Mercedes-Benz GLC iaitu Stelvio, dalam versi sporty, Veloce. Berikut adalah info mengenai varian Veloce:
- Prestasi Hebat: Varian Veloce ini merupakan versi kedua paling berkuasa, hanya di bawah model prestasi tertinggi 'Quadrifoglio'. Peminat tegar Quadrifoglio mungkin perlu sabar menanti sebelum ia masuk secara rasmi.
- Enjin 2.0L Turbo Padu: Versi Veloce dimuatkan dengan enjin petrol 2.0 liter 4 silinder turbo yang menjana kuasa 280 PS dan tork 400 Nm.
- Transmisi: Enjin ini dipadankan dengan sistem transmisi automatik 8 kelajuan ZF, yang turut dilengkapi pembeza gelincir terhad belakang Q2.




Dengan trenkuasa yang mantap, prestasi kedua-dua model ini cukup mengujakan:
- Giulia Veloce: Sedan pacuan roda belakang (RWD) ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 5.7 saat.
- Stelvio Veloce: SUV yang lebih berat ini mampu mencatatkan masa pecutan yang sama, 5.7 saat, dibantu oleh sistem pacuan semua roda (AWD).
Walaupun maklumat lanjut masih belum didedahkan, ketibaan jenama yang pernah diraikan ramai ini dilihat sebagai satu perkembangan yang sihat dan menarik dalam pasaran kereta premium tempatan.


Bagaimanapun, buat masa ini, identiti syarikat tempatan yang akan bertindak sebagai pengedar bagi jenama Itali ini masih belum didedahkan. Tetapi yang pasti, pelancaran rasmi model ini dijangka akan berlaku tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya yang sebaik tiba di telinga kami, akan kami kongsikan kepada pembaca setia kami di Carz.com.my
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Alfa Romeo Stelvio Veloce & Giulia Veloce Dipertontonkan Di Malaysia – Anggaran Dari RM400,000
Alfa Romeo Malaysia hari ini telah mempertontonkan dua model berprestasi tingginya untuk pasaran tempatan, SUV Alfa Romeo Stelvio Veloce dan sedan sport Alfa Romeo Giulia Veloce.
20-11-2025
Maserati Pertimbang bawa Masuk Flagship Super GT Baharu dengan Transmisi Manual
Nampaknya Maserati sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan model flagship baharu edisi terhad yang bakal menampilkan enjin ikonik mereka iaitu enjin kembar turbo V6 3.0 liter Nettuno.
30-07-2025
Alfa Romeo Diarah Tukar Nama Milano
Rupa-rupanya kerajaan Itali tidak bersetuju dengan nama Alfa Romeo Milano.
17-04-2024
Alfa Romeo Tonale Akan Dijual Di Malaysia Tak Lama Lagi?
Ini segalanya yang kita tahu tentang Alfa Romeo Tonale yang mungkin akan memasuki pasaran Malaysia.
09-03-2024
Alfa Romeo Tonale - Pelancaran Ditangguhkan Hingga Awal 2022
Stellantis, syarikat induk kepada Alfa Romeo, telah mengesahkan bahawa Alfa Romeo Tonale akan dilancarkan sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) versi hibrid plug-in.
27-12-2021
Alfa Romeo Stelvio Veloce & Giulia Veloce Dipertontonkan Di Malaysia – Anggaran Dari RM400,000
Alfa Romeo Malaysia hari ini telah mempertontonkan dua model berprestasi tingginya untuk pasaran tempatan, SUV Alfa Romeo Stelvio Veloce dan sedan sport Alfa Romeo Giulia Veloce.
20-11-2025
Alfa Romeo Tonale Akan Dijual Di Malaysia Tak Lama Lagi?
Ini segalanya yang kita tahu tentang Alfa Romeo Tonale yang mungkin akan memasuki pasaran Malaysia.
09-03-2024
Ini Model Yang Akan Dilancarkan Stellantis Malaysia...
Menggantikan Bermaz Auto Alliance untuk mengendalikan jenama Peugeot, ini rancangan Stellantis untuk pasaran Malaysia.
08-03-2024
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

