- Berita
- Berita Auto
- Pemilik Proton X50 Berpeluang Nikmati Tol Percuma Selama 3 Bulan, Hanya Perlu Sertai Kempen
Pemilik Proton X50 Berpeluang Nikmati Tol Percuma Selama 3 Bulan, Hanya Perlu Sertai Kempen

Pemilik Proton X50 berpeluang menikmati tol percuma bernilai sehingga RM500 selama tiga bulan dengan menyertai kempen baharu bertemakan “Roar Forward, Ride Freedom” yang dilancarkan Proton, baru-baru ini.
Kempen yang mendapat kerjasama daripada Touch Go ini sudah pun bermula sejak 1 November dan akan berakhir pada 31 Disember ini.Kempen ini diadakan sebagai tanda penghargaan
PROTON terhadap sokongan padu daripada rakyat Malaysia yang telah menjadikan Proton X50 sebagai SUV segmen-B paling laris di negara ini.
Untuk menyertai kempen “Roar Forward, Ride Freedom”, pembeli hanya perlu mengaktifkan RFID yang telah dipasang pada Proton X50 bagi melayakkan diri menyertai cabutan bertuah.
Sebanyak 68 pemenang akan dipilih, di mana pembeli yang membuat pembelian pada bulan November akan menerima ganjaran tol percuma dari Januari hingga Mac 2026, manakala pembeli
Disember akan menerimanya dari Februari hingga April 2026. Pemenang akan diumumkan menerusi siaran langsung di laman rasmi Facebook PROTON, dan rebat akan dikreditkan terus ke dalam eWallet Touch ’n Go yang didaftarkan bersama RFID kenderaan.
Kempen ini turut menampilkan dengan pertandingan video di TikTok yang terbuka kepada pemilik X50. Melalui pertandingan ini, pemilik digalakkan berkongsi rakaman yang menampilkan gaya pemanduan atau pengalaman mereka bersama Proton X50.
Penyertaan dengan tanda #RoarForwardX50 dan tag @ProtonCarsOfficial berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehinggaRM3,000. Video menarik juga akan dipilih untuk dikongsi semula di laman digital PROTON.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.touchngo.com.my dan www.proton.com.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras
Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?
18-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik
PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.
01-07-2026
PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?
Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.
08-06-2026
Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah
Tak Sempat Elak: 6 Terkorban Pertembungan Proton X50 & Lori Tanah.
08-06-2026
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia
Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?
28-05-2026
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Suku Kedua Bermula Garang! Proton Dominasi Jalan Raya.
07-05-2026
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat