- Berita
- Berita Auto
- Bakal Pasangan Maut, KKR Ucap Takziah, Orang Awam Dinasihati Patuhi Papan Tanda Amaran Jalan Raya
Bakal Pasangan Maut, KKR Ucap Takziah, Orang Awam Dinasihati Patuhi Papan Tanda Amaran Jalan Raya

Kementerian Kerja Raya (KKR) memandang serius kes sebuah Toyota Fortuner yang dinaiki bakal pengantin terhumban ke dalam gaung setinggi 60 meter di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris – Sg Gawi – Aring (Bukit Kawah), Terengganu, semalam.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau dan seluruh pasukan Kementerian Kerja Raya (KKR) merakamkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga.

"Insiden seumpama ini amatlah dikesali, apatah lagi setiap agensi terlibat telah melaksanakan usaha pencegahan dengan penutupan jalan dan meletakkan pelbagai tanda amaran di kawasan berkenaan," katanya.
Berdasarkan laporan awal yang diterima daripada JKR Hulu Terengganu, kejadian berlaku pada 5 Disember 2025 melibatkan kenderaan orang awam yang telah memasuki laluan yang telah ditutup sepenuhnya kepada semua pengguna jalan raya akibat runtuhan jalan sebelum ini.

"Papan tanda amaran dan penghadang konkrit telah dipasang dengan jelas oleh pihak JKR sebagai langkah keselamatan. Penutupan laluan ini telah diwartakan di bawah Seksyen 70 Akta Pengangkutan Jalan 1987 merangkumi sebahagian Jalan Persekutuan FT36 dari Seksyen 55.60 hingga Seksyen 139.30.
Langkah penutupan berterusan turut dipantau bersama oleh pihak konsesi penyelenggaraan," katanya.
Sehubungan itu, KKR mengingatkan orang awam untuk sentiasa mematuhi arahan keselamatan serta tanda penutupan yang dipasang di lokasi bencana bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berulang.

Susulan kejadian itu, pihak Jabatan Kerja Raya telah mengambil tindakan segera termasuk memasang papan tanda amaran dan sekatan konkrit di kedua-dua arah laluan, laporan polis dibuat terhadap pencerobohan laluan tertutup dan membuat pendaftaran maklumat bencana jalan runtuh di portal rasmi.
Untuk makluman anda, KKR melalui JKR sudah mendapat kelulusan untuk pembinaan jambatan di LALUAN FT036, SEKSYEN 89.00, JALAN ARING 8 – TASIK KENYIR – KUALA JENERIS, DAERAH HULU TERENGGANU yang telah diluluskan pada 25 Mac 2025 dengan kos projek sebanyak RM36 juta.
Status terkini adalah diperingkat perolehan dengan Surat Setuju Terima dijangka diserahkan pada sukuan keempat Disember 2025.
Terdahulu media melaporkan seorang lelaki dan wanita dipercayai bakal berkahwin maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV), Toyota Fortuner dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas lalu terjunam ke dalam gaung tersebut.
Dalam kemalangan pukul 5.30 petang itu, kedua-dua mangsa iaitu Hassan Shazali, 52, yang juga seorang guru, dan pasangannya, Suzaimah Che Azis, 34, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.
Difahamkan, laluan dilalui kenderaan dipandu Hassan sebenarnya telah ditutup untuk kegunaan awam sejak lebih setahun lalu ekoran kejadian tanah runtuh.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8215
SELANGOR
BSU3986
JOHOR
JF6629J
PULAU PINANG
PSG4133
PERAK
APM2293
PAHANG
CFJ1053
KEDAH
KGJ4585
NEGERI SEMBILAN
NEM2740
KOTA KINABALU
SJU5414
KUCHING
QAB7512P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
SUV Junam Dalam Gaung, Siapa Alihkan Papan Tanda Di Lokasi Kemalangan
Menteri Kerja Raya menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berhubung pihak yang mengalihkan tanda amaran dan penghadang konkrit di lokasi kemalangan di Hulu Terengganu.
08-12-2025
Terima Kenderaan Baharu, Ada Tujuannya!
Sebanyak 58 kenderaan diserahkan kepada JPJ, baru-baru ini.
22-07-2024
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya
Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.
21-08-2026
Bahana Langgar Lampu Merah, Nyawa 3 Sekeluarga Melayang
Tragedi Maju Junction: Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori Imigresen.
19-08-2026
Penunggang Motosikal Dalam Bahaya: Ramai Terlibat Kemalangan Maut
Nahas motosikal semakin menakutkan.
23-07-2026
Berita Terkini
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
