ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport  satu juta keretanya sepanjang tahun ini.

Angka  terkini menunjukkan bahawa sebanyak 128,067 kereta penumpang BYD telah dihantar ke pasaran luar negara pada bulan November, sekali gus merupakan satu lonjakan luar biasa.

Ini kerana terdapat peningkatan sebanyak 313% berbanding tahun lalu.

image.pngimage.png

Dari Januari hingga November, syarikat gergasi automotif itu telah mengeksport sebanyak 878,498 kenderaan, lebih daripada dua kali ganda jumlah eksport keseluruhannya pada tahun 2024.

Pertumbuhan ini meletakkan BYD di tempat kedua di belakang Chery dalam kedudukan eksport bulanan bagi November, di mana Chery mencatatkan penghantaran sebanyak 135,190 kenderaan.

Namun, jurang tersebut semakin dekat kerana Chery mengeksport kebanyakan kereta petrol manakala BYD memberi tumpuan sepenuhnya kepada kenderaan tenaga baharu (NEV).

Pada bulan November, BYD mendahului jualan NEV di Brazil, Turki, Itali, Sepanyol, Hungary dan Croatia, serta menduduki tempat teratas dalam jualan keseluruhan jenama di Singapura.

Bagi 11 bulan pertama tahun 2025, syarikat itu turut menguasai jualan NEV di Brazil, Turki, Sepanyol dan Itali, selain mencapai kedudukan peneraju jenama keseluruhan di Singapura dan Hong Kong.

image.png

Malah, BYD telah mengatasi Tesla di 11 pasaran utama, termasuk United KIngdom, Jerman, Itali, Sepanyol, Austria dan Ireland, serta pasaran Asia seperti Malaysia, Turki, Singapura, Thailand dan China.

Kini, NEV BYD ditawarkan di 119 negara dan  di seluruh dunia, dan syarikat itu baru-baru ini meraikan pengeluaran kenderaan tenaga baharu ke-15 jutanya pada 18 Disember lalu sekali gus, menjadikannya pengeluar automotif pertama yang mencapai pencapaian tersebut.

Sekiranya BYD mampu mengekalkan momentum eksport bulan November ke bulan Disember, maka ia mampu mencapai sasarannya untuk menjual kereta sebanyak satu juta di pasaran antarabangsa pada tahun ini.





Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?

BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.

11-09-2026
Global

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Berita Auto

Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim

Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.

05-08-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.