GWM Wey G9 Dilancar Di Thailand, Selepas Ini Mungkin Masuk Malaysia?

Sub-jenama premium di bawah Great Wall Motor (GWM), Wey telah melancarkan secara rasmi Wey G9 Hi4 di Thailand pada harga 2.349 juta bhat (RM302,000). baru-baru ini.
Ketibaannya di pasaran pemanduan kanan (RHD) sebenarnya memberi isyarat bahawa Malaysia juga akan menerima model terbabit sebelum akhir tahun ini atau pun sekitar awal Januari 2026.

Lagipun, Wey G9 sudah pun didedahkan di Malaysia.
Berbalik di pasaran Thailand, negara jiran menerima versi RHD dimana pelancaran ASEAN untuk model ini juga dilihat agak rancak.


Pelancaran itu juga mengesahkan pertukaran nama untuk rantau ini. Model yang sebelum ini dipersembahkan di KLIMS 2024 sebagai Wey 80 kini secara rasmi dinamakan semula sebagai Wey G9 untuk pasaran serantau.
Dari segi saiz, G9 Hi4 spesifikasi Thailand meniru kembarnya dari China pemanduan kiri (LHD), iaitu Gaoshan. Ia berukuran 5,050 MM panjang dan 1,900 MM tinggi, serta sedikit lebih lebar pada 1,985 MM.
Menjengah bahagian kabinnya, ia membawa pakej berfokuskan kemewahan yang sama seperti yang ditunjukkan semasa pratonton di Malaysia, termasuk dengan adanya skrin tengah 14.6 inci, paparan kepala (head-up display), tempat duduk baris kedua graviti sifar, peti sejuk terbina dalam dan skrin infotainmen belakang bersaiz besar.

Kuasa disalurkan melalui sistem hibrid plug-in yang menggabungkan enjin turbo 1.5 liter dengan dwi motor elektrik. Padanan ini menghasilkan 442 hp dan 642 Nm tork, manakala bateri 44.28 kWh menyediakan sehingga 170 KM jarak pemanduan elektrik mengikut piawaian NEDC.
Untuk Malaysia, kami sebelum ini mengesahkan bahawa pemasangan CKD untuk Wey G9, sama seperti GWM Haval H6, akan dikendalikan oleh EPMB. Thailand pula telah pun mempunyai kilang GWM di Rayong, yang memasang Haval H6 dan model elektrik penuh Ora Good Cat.


Nampaknya, strategi GWM untuk rantau ini semakin berubah di mana setiap pasaran menguruskan pengeluaran sendiri untuk memenuhi permintaan tempatan.

Jika hala tuju ini diteruskan, Wey G9 yang dijual di setiap pasaran mungkin akan dipasang secara tempatan. Begitupun, tiada sebarang pengesahan berhubung perkara ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



