Ini Dia Proton e.MAS 7 PHEV, Masih Dalam Versi Prototaip, Dikhabarkan Bakal Dilancar

Sebuah prototaip yang dipercayai Proton e.MAS 7 versi plug-in hybrid (PHEV) didedahkan sempena Proton Tech Showcase 2025 yang sedang berlangsung di Proton Centre of Excellence (COE), Shah Alam.


Prototaip itiu dilitupi dengan pelekat penyamaran berwarna biru dan tertera perkataan Proton Tech Showcase.
Dikhabarkan, versi terbaharu ini akan dilancarkan pada tahun hadapan.


Menjengah dengan lebih dekat, ia kelihatan agak mirip dengan gaya reka bentuk kembarnya yang berkuasa elektrik bateri (BEV). Sebaliknya, cuma terdapat sedikit perbezaan kecil iaitu ia hadir dengan pemegang pintu jenis biasa berbanding pemegang pintu rata seperti kembarnya.


Selain itu, rekaan bampar hadapan dan belakang juga sedikit berbeza dengan bampar hadapan kini menempatkan bukaan gril untuk bahagian enjin pembakaran dalaman (ICE). Versi PHEV ini juga menampilkan lampu hadapan LED sepenuhnya serta lampu belakang penuh lebar lengkap dengan lightbar.
Bagi rim, e.MAS 7 PHEV dilihat menggunakan rim dua tona 19 inci rekaan multispoke berbanding unit gaya ‘aero’ pada versi BEV. Selain itu, hampir semua ciri lain masih sama seperti versi BEV.

Dari segi dimensi, e.MAS 7 PHEV berukuran 4,740 MM panjang dengan jarak roda 2,755 MM, 1,905 MM lebar dan 1,685 MM tinggi. Ini bermakna versi PHEV ini 125 MM lebih panjang, jarak roda 5 MM lebih panjang, 4 MM lebih lebar dan 15 MM lebih tinggi berbanding kembarnya.
KABIN MASIH MISTERI

Malangnya, bahagian kabin tidak boleh dilihat memandangkan pintunya dikunci manakala tingkapnya digelapkan bagi. Ini kerana pihak syarikat masih belum sedia mendedahkan bahagian dalamannya.
Bagaimanapun, kami dapat mengesahkan bahawa unit ini ialah pemanduan sebelah kanan (RHD), memandangkan versi PHEV ini pernah dikesan berada di jalan raya baru-baru ini.
Tidak mengejutkan jika bahagian dalam e.MAS 7 PHEV juga hampir meniru versi BEV, seperti mana bahagian luarannya.
Bagi ciri lain, Carz.com.my difahamkan bahawa skrin infotainmennya bersaiz 15.4 inci berkuasa FlyMe Auto dan paparan instrumen digital 8.8 inci juga akan dikekalkan. Perubahan antaramuka dijangka dilakukan untuk memuatkan fungsi PHEV.
Trenkuasa PHEV NordThor 2.0
Perbezaan utama e.MAS 7 PHEV ini adalah dari segi sistem trenkuasanya dimana ia menggunkan PHEV NordThor 2.0 yang dibangunkan Geely.
Dari sudut mekanikal, sistem ini menggabungkan enjin petrol 1.5 liter 4-silinder aspirasi semulajadi dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 111 PS dan tork 136 Nm dengan dua motor elektrik 11-dalam-1 serta transmisi hibrid khas (E-DHT). Terdapat juga bateri Geely Aegis Short Blade berkapasiti 19.09 kWh.
Secara keseluruhannya, ia mampu menghamburkan kuasa setakat 218 PS dan 262 Nm,dan mampu memecut dari 0–100 km/j hanya dalam 7.5 saat. Jarak pemanduan elektrik sahaja sehingga 120 KM dan jarak gabungan petrol-elektrik sehingga 1,420 KM turut disebut, berdasarkan piawaian CLTC.
Bateri tersebut menyokong pengecasan pantas DC sehingga 36 kW, manakala enjin pembakaran menggunakan tangki bahan api 51 liter .

Bakal Menyusul, Ada 2 Varian
Walaupun Proton masih berdiam diri,namun sumber dalaman PRO-NET sudah memberi sedikit bayangan mengenai e.MAS 7 PHEV dimana terdapat kemungkinan e.MAS 7 PHEV akan hadir dalam dua varian
Perbezaannya terletak pada saiz bateri serta jarak dan prestasi.

Buat masa ini, tidak banyak butiran dapat dikongsikan namun apa yang pasti, Proton dijangka memperkenalkan versi petrol-elektrik e.MAS 7 ini seawal separuh pertama tahun depan .
bagaimanapun, perkara ini masih belum dapat disahkan lagi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Bakal Muncul Dengan Varian Baharu
Proton e.MAS Bakal Buat Kejutan, Pratonton Varian Baharu e.MAS 7 Di KLIMS 2026.
09-06-2026
PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?
Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.
08-06-2026
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?
Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?
04-06-2026
Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV
Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.
22-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV
Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.
28-04-2026
Berani Mati, Proton e.MAS Guna Tagline 'Mak Kau Hijau' Promosi Warna Baharu
Strategi 'Mak Kau Hijau' Proton e.MAS 7 PHEV curi perhatian.
06-04-2026
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
