Perodua QV-E BaaS:, Ramai Yang Keliru, Ini Butirannya

Perodua secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik bateri (BEV) pertamanya. Dinamakan sebagai QV-E (disebut ‘Queue-Vee’), model ini turut hadir bersama skim pajakan bateri EV yang berkonsepkan Battery-as-a-Service (BaaS) pertama di Malaysia, selama 9 tahun.
Walaupun ia bukan perkara baharu di peringkat global untuk EV/BEV, ia merupakan yang pertama di pasaran tempatan, dan kami faham bahawa mungkin terdapat kekeliruan skim terbabit.
Jadi, berikut adalah perinciannya dan diharapkan ia dapat membantu anda menentukan sama ada EV baharu dari Rawang ini wajar dibeli atau sebaliknya!

Dua Kos, Tetapi Hanya 1 Bayaran!
Untuk pengetahuan anda, kos BaaS sebenarnya tidak dimasukkan ke dalam harga jualan bersih QV-E iaitu sebanyak RM80,000 (tidak termasuk insurans).
Ya, secara teknikal anda membuat dua bayaran bulanan berasingan dimana satu untuk pinjaman sewa beli kenderaan, manakala satu lagi untuk skim BaaS selama 9 tahun.
Namun, bayaran BaaS ini dibayar sekali dengan ansuran bulanan kenderaan kepada pihak bank, dan bank bertanggungjawab menyerahkan bahagian bayaran tersebut kepada Perodua. Kos BaaS sahaja berjumlah RM275 sebulan, atau RM297 sebulan selepas ditambah 8% SST.

Dengan menggunakan senario kadar terbaik (faedah 2.4%), berikut ialah contoh anggaran kos bulanan yang perlu ditanggung pembeli QV-E:

Bagaimanapun, jumlah bayaran bulanan bersama BaaS akan berubah mengikut jumlah deposit awal yang dibayar oleh pembeli. Maka, terpulang kepada anda untuk menilai sejauh mana QV-E ini digelar sebagai EV “mampu milik”?
BaaS Menawarkan "Sifar Liabiliti" Kepada Pemilik EV
Secara ringkasnya, hala tuju BaaS sebenarnya mudah.
Perodua sebenarnya akan menanggung sepenuhnya semua risiko dan liabiliti yang berkaitan dengan pek bateri EV, dan ia bukannya hak pemilik QV-E.
Perodua mengakui bahawa faktor seperti kesihatan bateri dan kos penggantian bateri menjadi satu kebimbangan besar kepada kebanyakan orang memandangkan ia memberi kesan terhadap nilai jual semula EV.

Jadi, BaaS tampil untuk menghapuskan kebimbangan ini dengan mengambil alih semua risiko tersebut daripada pembeli, dan Perodua menegaskan bahawa ia membantu mengurangkan harga pembelian.
Sementara itu, BaaS pula memberi jaminan bahawa si pemilik akan sentiasa mempunyai bateri dalam keadaan terbaik. Pek bateri akan diganti sekiranya tahap kesihatan (SoH) menurun di bawah 70% sepanjang tempoh pajakan.
Apa yang penting untuk difahami ialah secara hakikatnya pembeli QV-E (dan pemilik seterusnya) secara teknikal tidak memiliki pek bateri di dalam kenderaan mereka kerana ia adalah hak milik Perodua.
Ini yang menyebabkan insurans untuk pek bateri ditanggung sepenunya oleh Perodua, bukan pemilik kereta.

Selain itu, walaupun Perodua tidak menyebutnya bahawa bayaran BaaS turut meliputi kos pemulihan dan/atau pelupusan bateri namun ia adalah satu aspek pemilikan EV yang jarang dibincangkan.
Bercakap mengenai pelupusan, pek bateri EV dalam QV-E dilengkapkan dengan penjejak bateri serta ‘Pasport Bateri’ (kod QR dan nombor komponen) seperti mana yang diwajibkan kerajaan baru-baru ini.
Penjejak tersebut akan mengaktifkan amaran jika pek bateri ditanggalkan daripada kereta atau jika kenderaan dibiarkan tidak digunakan terlalu lama (ditinggalkan).
Dalam situasi ini, Perodua akan melancarkan usaha ‘Penyelamatan Bateri’ untuk mendapatkan semula pek tersebut dan mengelakkan pelupusan atau pengendalian tidak bertanggungjawab.
BaaS Adalah Wajib

Perodua telah menjelaskan bahawa pembeli QV-E tidak akan diberi pilihan untuk membeli pek bateri terbabit.. Dalam erti kata lain, BaaS adalah wajib apabila membeli QV-E, dan pembeli mesti menandatangani tempoh pajakan 9 tahun.
Sekiranya tempoh pinjaman sewa beli anda lebih pendek daripada tempoh BaaS, perkara berikut akan menjawab persoalan tersebut.
Bayaran BaaS Diteruskan Walaupun Pinjaman Tamat
Jika pembeli menamatkan pinjaman sewa beli selepas 5, 6, atau 7 tahun, skim BaaS selama 9 tahun tetap diteruskan. Ini bermaksud pemilik masih perlu membayar RM275 sebulan untuk baki 4, 3, atau 2 tahun.
Pada tahap ini, pembayaran BaaS tidak lagi melalui bank, tetapi dibuat terus kepada Perodua melalui aplikasi super P-Circle.
BaaS Tetap Digunapakai Untuk Pembeli Yang Membuat Bayaran Secara Tunai
Bagi pembeli tunai QV-E, bayaran tunai mereka hanya terdiri daripada kereta, bukan BaaS. Mereka perlu membuat bayaran bulanan BaaS sepanjang tempoh pajakan secara terus kepada Perodua melalui aplikasi P-Circle.
Anda Hanya Boleh Menjual & Membeli QV-E Terpakai Melalui Perodua POV
Akhir sekali ialah situasi bagi pemilik QV-E yang ingin menjual kenderaan mereka lebih awal, dan pembeli yang ingin mencari nilai lebih baik melalui unit terpakai.
Perodua sudah menjelaskan bahawa jualan unit QV-E terpakai hanya boleh dilakukan melalui Perodua Pre-Owned Vehicles (POV).
Bagi pemilik yang menjual QV-E melalui Perodua POV, Perodua menyatakan bahawa komitmen BaaS 9 tahun mereka akan ditamatkan serta-merta, tanpa penalti atau “exit fee”.
Setelah Perodua menerima unit terpakai tersebut, mereka akan menilai SoH pek bateri. Seperti disebut, jika SoH kurang daripada 70%, Perodua akan menggantikan pek bateri sebelum menjual unit tersebut kepada pemilik baharu.
Pembeli QV-E terpakai melalui POV pula wajib menandatangani skim BaaS baharu selama 9 tahun. Dari situ, Perodua akan memberi jaminan dan perlindungan sama seperti mereka membeli QV-E baharu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Pengeluaran Perodua Axia E Bakal Dihentikan Nov Ini?
Perodua Axia E Tiada Lagi Selepas November Ini.
11-09-2026
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?
Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?
03-08-2026
Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta
Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.
03-08-2026
Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara
Dari Malaysia Ke Sri Lanka: Perodua Lebarkan Sayap, Eksport Traz dan Alza!
28-07-2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

