OMODA | JAECOO Buat Promosi – Bukan Sekadar Diskaun, Jimat Cecah RM14,000!

Menjelang penutupan tirai tahun 2025, OMODA | JAECOO Malaysia ingin ‘memanjakan’ bakal pembeli SUV dengan pelancaran kempen 'Season of Rewards', menawarkan nilai tambah jangka panjang dan ketenangan fikiran kepada pemilik baharu.
Sekiranya tercari-cari promosi 'luar biasa' yang bukan sahaja diskaun semata-mata tetapi turut menjamin kos pemilikan keseluruhan yang lebih berbaloi, jangan terlepas pandang kempen ini.
Apakah Tawaran Menarik Untuk JAECOO J7 PHEV?
Bagi yang ingin beralih kepada teknologi lebih mesra alam, model yang menggunakan teknologi Super Hybrid System, JAECOO J7 PHEV, kini ditawarkan dengan pakej pembelian yang sangat berbaloi iaitu:
- Pilihan Ganjaran: Pembeli boleh memilih sama ada 7 tahun servis & penyelenggaraan percuma ATAU ganjaran tunai RM5,000.
- Pakej Pengecasan: Setiap pembelian disertakan dengan Wallbox Charger percuma untuk pengecasan pantas di rumah (tanpa mengira jenis ganjaran yang dipilih).
- Jaminan Bateri: Ketenangan minda dijamin dengan waranti bateri selama 10 tahun atau 200,000 km.
Juga Menarik: Jaecoo J7 PHEV Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 1,300 KM, Dari RM158,800
Bagaimana Pula Dengan JAECOO J7 Versi Petrol (AWD & 2WD)?
Bagi peminat model enjin pembakaran dalaman (ICE), J7 turut ditawarkan dengan tawaran yang tidak kurang hebatnya:
- Jaecoo J7 AWD: Didatangkan dengan 7 tahun servis percuma dan pakej bernilai sehingga RM12,000 (termasuk ganjaran, kadar faedah rendah dan diskaun tambahan).
- Jaecoo J7 2WD: Pakej bernilai sehingga RM8,000 yang merangkumi 5 tahun servis percuma, insentif pembiayaan, serta penjimatan tunai.
Adakah OMODA C9 Turut Termasuk Dalam Kempen Ini?
SUV segmen premium, OMODA C9 juga tidak ketinggalan dalam kempen akhir tahun yang sedang berlangsung. Promosi yang ditawarkan untuk model ini adalah membabitkan penjimatan tinggi di awal pemilikan:
- OMODA C9 AWD: Hadir dengan 5 tahun servis percuma dengan jumlah ganjaran mencecah RM9,000.
- OMODA C9 2WD: Dilengkapi dengan 5 tahun servis percuma serta jumlah ganjaran mencecah RM6,000.
Mengapa Kempen Ini Berbaloi Untuk Bakal Pembeli SUV?
Berbeza dengan promosi biasa yang hanya memberi diskaun ‘sekali jalan’, kempen 'Season of Rewards' lebih menekankan kepada:
- Pengurangan Kos Penyelenggaraan: Servis percuma bertahun-tahun bermaksud anda tidak perlu pening memikirkan bil penyelenggaraan.
- Ketenangan Minda: Waranti bateri yang panjang (untuk PHEV) membuktikan keyakinan jenama terhadap kualiti produk mereka.
- Fleksibiliti Tunai: Pilihan antara rebat atau servis membolehkan pembeli memilih apa yang lebih penting atau terbaik untuk aliran tunai masing-masing.
Berminat Untuk Pandu Uji?
Kempen ini hanya ditawarkan buat masa yang terhad sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi omodajaecoo.com.my/seasons-of-rewards atau tempah sesi pandu uji di omodajaecoo.com.my/test-drive
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Omoda C9 PHEV Kini Dibuka Untuk Tempahan – Capai 1,100 KM, Mewah, Tapi RM220K
Selepas sekian lama menjadi bualan sejak sesi pratonton tahun lalu, Omoda | Jaecoo Malaysia akhirnya membuka buku tempahan untuk SUV dengan teknologi trenkuasa efisien, hibrid plug-in (PHEV), Omoda C9 PHEV.
09-02-2026
Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?
OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.
17-12-2025
SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa
SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.
26-11-2025
Jaecoo J5 & J7 PHEV Jadi 'Kanvas Seni' Di LahLahLand 2025
Omoda | Jaecoo Malaysia mencuri perhatian umum di festival gaya hidup LahLahLand 2025 dengan pameran dua SUV gah, Jaecoo J5 dan J7 PHEV.
06-11-2025
Jaecoo J7 AWD Kini Dengan Pemijak Kaki 'Menyala' & Kotak Simpanan Ranggi Di Sisi
Omoda | Jaecoo Malaysia di bawah naungan Chery Auto Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan promosi istimewa bagi varian Jaecoo J7 AWD.
27-10-2025
Omoda C9 PHEV Dipertontonkan Di Omoda | Jaecoo Carnival 21-24 Ogos - Anggaran RM220K
Bukan hanya Jaecoo J5, pengunjung Omoda | Jaecoo Carnival di Desa Park City turut dapat menyaksikan versi terbaru bagi Omoda C9.
21-08-2025
Jaecoo J5 Dipertontonkan Di Omoda | Jaecoo Carnival 21-24 Ogos - Anggaran RM120K
Jaecoo J5 membuat kemunculan umum di Malaysia di acara Omoda | Jaecoo Carnival yang kini sedang berlangsung di Desa Park City.
21-08-2025
Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13
Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.
31-07-2025
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat





