ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Operasi LRT3 Ditangguhkan Demi Keselamatan Penumpang

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Prasarana Malaysia Bhd mengesahkan pihaknya menangguhkan operasi LRT Laluan Shah Alam yang asalnya dijadualkan beroperasi 31 Disember ini. 

Langkah itu diambil bagi memastikan tahap keselamatan penumpang berada pada tahap optimum,

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd, Amir Hamdan, berkata faktor utama adalah keperluan menjalankan ujian perisian secara lebih ketat dan dalam jarak perjalanan lebih panjang bagi mengenal pasti gangguan kecil yang hanya muncul selepas ribuan kilometer operasi.

"Masalah seperti pintu tidak terbuka atau tren tidak berhenti tepat adalah gangguan kecil tetapi memberi kesan besar kepada pengalaman penumpang.

image.png

"Justeru, ia perlu dikenal pasti melalui ujian menyeluruh dan diselesaikan melalui software patch sebelum operasi bermula," katanya pada taklimat media yang diadakan, pagi tadi.

Mengulas lanjut Amir berkata, pihaknya ingin menegaskan bahawa tiada sebarang kompromi dalam aspek keselamatan, keandalan dan kestabilan sistem, selaras dengan piawaian ketat yang ditetapkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

"Hanya setelah semua sistem berfungsi pada tahap optimum, dan semua isu diselesaikan, barulah laluan ini boleh dipertimbangkan untuk pengoperasian.

"Semua kerja pembaikan dan penambahbaikan teknikal kini diberi keutamaan bagi memastikan Laluan Shah Alam benar-benar sedia, stabil dan selamat sebelum dibuka untuk orang ramai," katanya.

Dalam pada itu Amir berkata, tiada tarikh tepat dapat diberikan LRT Laluan Shah Alam akan dapat beroperasi.

Difahamkan, sekiranya sistem belum berada dalam keadaan stabil, pembukaan pada suku pertama atau suku kedua masih belum dapat dipastikan.

"Pihak syarikat memberi jaminan bahawa maklumat terkini mengenai tahap kesiapsiagaan operasi Laluan Shah Alam akan diumumkan pada tengah Januari ini," katanya.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

30-06-2026
Berita Auto

12-09-2025
Berita Auto

28-06-2025
Berita Auto

07-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Berita Auto

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Berita Auto

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026
Berita Auto

JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.

11-10-2026
Berita Auto

Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?

Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.

09-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.