Perodua QV-E Terima Penarafan 5 Bintang

Perodua QV-E yang merupakan air tangan buatan Malaysia meraih penarafan keselamatan 5 bintang di bawah protokol ASEAN NCAP 2021 hingga 2025.
Selepas menjalani penilaian empat kategori utama iaitu Perlindungan Dewasa, Perlindungan Kanak Kanak, Bantuan Keselamatan serta Keselamatan Penunggang Motosikal, Perodua QV-E dilihat mencatatkan skor keseluruhan sebanyak 88.36 mata.
Keputusan ini menunjukkan ia hadir dengan ciri keselamatan yang lebih canggih dan prestasinya agak cemerlang dalam ujian pelanggaran dan bantuan pemandu teras.
Berikut adalah carta:

Berdasarkan Ujian Perlindungan Dewasa, QV-E merekodkan 29.31 mata daripada 32.00. Dalam ujian pelanggaran frontal, ia memperoleh 13.31 mata, dengan ASEAN NCAP menyatakan bahawa ruang kabin kekal stabil dan perlindungan untuk dada serta kaki pemandu juga berada pada tahap memuaskan.
Bahagian dada penumpang pula menunjukkan perlindungan marginal, namun ujian di bahagian kaki dilihat agak memuaskan kerana tidak mendatangkan sebarang keretakan.

Bagi perlindungan hentaman di sisi pula ia mencatatkan 8 mata, disokong tingkah laku struktur yang stabil sepanjang ujian dijalankan.
Teknologi Perlindungan Kepala (Head Protection Technology) pula menyumbang 8 mata selepas pengesahan melalui ujian tambahan serta Sistem Penarafan Pemasangan (Fitment Rating System).
Perlindungan Kanak-Kanak pula menyumbang 42.67 mata daripada maksimum 51 mata. Prestasi dinamik yang kukuh meraih 24 mata, manakala pemeriksaan pemasangan CRS pula sebanyak 8.67 mata.
Teknologi Bantuan Keselamatan menyumbang sebanyak 21 mata, manakala AEB City dan AEB Inter-Urban pula menyumbang 6 mata.
Dalam kategori Keselamatan Penunggang Motosikal, QV-E mencatatkan 12 mata dan pengesan titik buta pula menyumbang 8 mata selepas memenuhi keperluan prestasi ASEAN NCAP .
Sementara itu,visualisasi belakang pula menerima 2 mata tambahan manakala penilaian berkaitan pejalan kaki dan lampu hadapan menyumbang 2. mata lagi.

Nampaknya, penarafan 5 bintang ini turut mengukuhkan potensi QV-E sebagai model eksport dalam pasaran ASEAN, nanti.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2340
SELANGOR
BSU8095
JOHOR
JG8672J
PULAU PINANG
PSH2014
PERAK
APM7058
PAHANG
CFJ3302
KEDAH
KGJ6952
NEGERI SEMBILAN
NEM4978
KOTA KINABALU
SJU9742
KUCHING
QAB9427P
Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan
Perodua menerajui carta jualan September 2026.
15-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Pengeluaran Perodua Axia E Bakal Dihentikan Nov Ini?
Perodua Axia E Tiada Lagi Selepas November Ini.
11-09-2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge