ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Pusat Ujian EV Kedah Dirasmikan – Boleh Uji Bateri, Enjin & Motor 1,000 Jam

Sofea Najmi

Kongsi melalui

EVTC-Facilities-181225-2.jpg


Kedah kini menempatkan pusat ujian kenderaan elektrik (EVTC) tercanggih yang baru sahaja memulakan operasi fasa pertamanya semalam. Pusat ujian ini dikendalikan oleh syarikat tempatan, Focus Applied Technologies Sdn Bhd, untuk memantapkan lagi industri EV negara.


Fasiliti Dengan Pengiktirafan Peringkat Antarabangsa


EVTC yang bertempat di Bandar Baru ini mempunyai profil global yang mengagumkan:

  • INVICTA: Bernaung di bawah International Vehicle Test Center Association (INVICTA), sebuah rangkaian global yang menghubungkan penyelidikan ujian kenderaan di seluruh dunia.
  • Kerjasama PBB & Bank Dunia: Kolaborasi dengan organisasi seperti UNEP, UNDP, UNIDO dan Bank Dunia. Kerjasama ini melibatkan pelbagai projek EV di negara-negara membangun, sekali gus membuka peluang besar untuk bakat kejuruteraan Malaysia dipasarkan ke luar negara.

Ujian Yang Boleh Dilakukan Di EVTC


EVTC-Facilities-181225-4.jpgEVTC-Facilities-181225-16.jpgEVTC-Facilities-181225-24.jpgEVTC-Facilities-181225-20.jpg


Hab ujian fasa pertama yang bernilai RM3 juta ini dilengkapi dengan empat sel ujian individu yang mampu beroperasi secara automatik selama 20 jam sehari. 


EVTC-Facilities-181225-5.jpgEVTC-Facilities-181225-6.jpgEVTC-Facilities-181225-14.jpgEVTC-Facilities-181225-8.jpg


Malah, ia boleh buat ujian ekstrem selama 1,000 jam bagi menjamin bateri dan motor elektrik yang dihasilkan adalah kukuh, tahan lama, dan tidak membahayakan pengguna. Antara ujian utama yang ditawarkan termasuk: 

  • Pengukuran prestasi kenderaan 
  • Pengukuran jarak pemanduan kenderaan 
  • Pengkuran kitaran hayat bateri
  • Ujian piawaian keselamatan kenderaan
  • Ujian emisi enjin/hibrid

Litar Ujian Tertutup 650 Meter


EVTC-Event-Photos-181225-20.jpg


Menurut CTO Focus Applied Technologies, Dr. Horizon Gitano-Briggs, pusat ujian ini menggunakan litar yang pendek, hanya 650 meter, atas sebab-sebab berikut: 

  • Mesra Kenderaan Mikro-Mobiliti: Litar ini direka khusus untuk menampung ujian kenderaan elektrik (EV) bersaiz kecil, terutamanya jenis roda dua dan roda tiga seperti autorickshaw serta tuk-tuk.
  • Keselamatan: Penggunaan litar tertutup ini adalah kritikal bagi mengelakkan keperluan menguji kenderaan jenis tersebut di jalan raya awam tempatan, sekali gus mengurangkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya lain.

Litar yang lebih panjang bakal dibina di bawah fasa kedua pembangunan pusat ini nanti.


Membantu Pendidikan TVET Di Malaysia


EVTC-Facilities-181225-22.jpg


Menariknya, EVTC juga akan berfungsi sebagai Pusat Latihan khusus untuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), akademi dan universiti:

  • Bilik Darjah 'Drive-In': Menampilkan konsep unik di mana pelajar berada di tempat duduk gaya stadium yang mengelilingi chassis dynamometer. Ini membolehkan demonstrasi teknikal dilakukan secara terus di hadapan pelajar.
  • Kemudahan Sokongan: Untuk menyokong aktiviti latihan ini, fasa kedua akan merangkumi pembinaan penginapan (lodging), ruang makan dan kemudahan komersial di tapak projek.

Jangkaan Persiapan Fasa Kedua


Focus Applied Technologies merancang untuk melengkapkan fasa kedua menjelang tahun 2027. Dengan anggaran pelaburan tambahan sebanyak RM4 juta, pusat ini bakal menjadi hab automotif masa depan yang lengkap bukan sahaja untuk ujian motosikal dan tuk-tuk, malah untuk bas, trak dan kereta penumpang elektrik.

Juga Menarik: SIRIM Tubuh Pusat Ujian Bateri EV, Perkenal Ekosistem EV Komprehensif

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT9671

SELANGOR

BSU4180

JOHOR

JF7160J

PULAU PINANG

PSG4372

PERAK

APM2540

PAHANG

CFJ1205

KEDAH

KGJ4714

NEGERI SEMBILAN

NEM2842

KOTA KINABALU

SJU5583

KUCHING

QAB7540P

Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

18-12-2025

Berita Terkini

EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.