ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

GWM Malaysia Eksport GWM Wey G9 CKD Ke Thailand

Suhana Veru

Kongsi melalui


1.-Official-Photo---GWM-Wey-G9-CKD-Rolls-Off.jpg

GWM Malaysia mencipta satu lagi pencapaian besar  apabila melakukan penghantaran pertama GWM WEY G9 pemasangan tempatan (CKD)  ke Thailand, baru-baru ini.

Penghantaran ini adalah hasil kejayaan pelancaran GWM WEY G9 pertama yang dipasang di Malaysia dan merupakan satu fasa strategik yang seterusnya dalam mencapai matlamat GWM untuk mengembangkan pasaran serantau bagi rantaian produk bekalan serta ekosistem pembuatan yang kukuh di ASEAN.

2.-GWM-Wey-G9-CKD-Rolls-Off.jpg

Penghantaran yang melakar sejarah ini telah disaksikan oleh Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi, serta Ketua Pegawai Operasi,  Roslan Abdullah.

Menurut Roslan, penghantaran CKD untuk GWM WEY G9 ke Thailand pada menjadi bukti betapa kukuhnya asas pasaran serantau yang sedang kami bina di ASEAN.

“Peranan Malaysia sebagai hab pemasangan yang strategik adalah langkah sokongan kami terhadap pasaran negara jiran dengan keluaran produk New Energy yang canggih, di samping memantapkan lagi integrasi rantaian bekalan produk serantau.

Penghantaran ini merupakan salah satu langkah untuk kami terus maju ke hadapan dan juga sebagai tanda kehadiran kami di rantau ini, katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan GWM Malaysia,  Cui Anqi, pula berkata, GWM WEY G9 adalah gabungan kejuruteraan bertaraf dunia dan hasil tangan tempatan yang mantap.

5.-GWM-Wey-G9-CKD-Rolls-Off.jpg

"Penghantaran ke Thailand ini menunjukkan kemampuan daya saing kami bagi menyokong perkembangan serantau GWM. Ia bukan sekadar keupayaan dari segi logistik, tetapi permulaan kepada pencapaian satu matlamat jangka panjang yang memperkukuhkan kedudukan Malaysia, khususnya untuk masa depan New Energy GWM," katanya.

Seiring dengan perlaksanaannya di Malaysia, GWM WEY G9 yang dieksport ke Thailand dibina atas platform kecanggihan New Energy GWM, yang turut disokong oleh penyelidikan global jenama tersebut dan pembangunan rangkaiannya, serta jaminan pemasangan dengan kualiti tempatan.

Model ini  memperkenalkan teknologi yang dipertingkatkan kepada pasaran Thailand, termasuklah:

● Sistem Pintar Hibrid 4WD (Hi4)

● Teknologi keselamatan pintar

● Keselesaan pengalaman kabin yang premium, dicipta khusus untuk pengguna dikalangan yang berkeluarga dan juga perniagaan

Hasil pencapaian eksport CKD ini, GWM Malaysia meneruskan persediaan untuk pelancaran rasmi GWM WEY G9 pada awal tahun 2026.

Berteraskan kejayaan program pemasangan tempatan dan peningkatan minat di rantau ini, butiran lanjut berkaitan pelancaran akan diumumkan dalam masa beberapa minggu lagi seiring dengan kemajuan pelan hala tuju kenderaan New Energy Vehicle GWM di Malaysia dan seluruh ASEAN.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT1854

SELANGOR

BSN9734

JOHOR

JYU4127

PULAU PINANG

PSB2566

PERAK

APG4843

PAHANG

CFG1471

KEDAH

KGF1826

NEGERI SEMBILAN

NEJ9761

KOTA KINABALU

SJR2757

KUCHING

QAB5238N

Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Pandu Uji

BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki

SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.

31-03-2026
Berita Auto

GWM Haval H6 HEV

Sambut Hari Raya 2026 dengan GWM HAVAL H6 HEV, SUV hibrid paling laris di Malaysia.

13-03-2026
Berita Auto

"Selesa & Tenang" – Ini Sebab Kenapa Siti Nurhaliza Pilih GWM WEY G9 Sebagai Kenderaan Harian!

GWM Malaysia secara rasminya menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

07-03-2026
Berita Auto

Dalam Seminggu, 800 Unit Wey G9 Hi4 Sudah Ditempah

Tempahan WEY G9 Hi4 PHEV yang baharu sahaja dilancarkan telah mencecah lebih 800 buah dalam tempoh seminggu.

11-02-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV, Beli Demi Keselesaan

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik pertama MPV, GWM WEY G9 Hi4 PHEV dan diumumkan sebagai duta jenama Wey di Malaysia.

29-01-2026
Kereta Baru

GWM Wey G9 Hi4 PHEV Dilancarkan - RM269,800

Great Wall Motor (GWM) Malaysia secara rasminya melancarkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV di pasaran sebentar tadi.

29-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026
Berita Auto

Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026

PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.

10-04-2026
Berita Auto

UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia

Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.

09-04-2026
Berita Auto

Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat

Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.

09-04-2026
Berita Auto

Ini Sebab Harga Minyak Tak Turun

MOF tampil memberi penjelasan.

09-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar

Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!

08-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.